Sukarno dari Indonesia tidak menang dalam zaman perang konfrantasi 1963-64 dengan Malaysia. Malah negara baru bergelar Malaysia tidak jatuh sebab konfrantasi tersebut. Bagi rakyat negara ‘Truly Asia’ ini kejadian serangan darat TNI adalah luka mendalam terutama rakyat negara bahagian Borneo. Dan saya percaya rakyat Indonesia sendiri tidak dapat melupakan peristiwa ini.
Namun setelah hampir 40 tahun berlalu, sehingga sekarang ini, sebahagian rakyat (mungkin kedua-dua negara) masih bangga atau masih keciwa dengan serang menyerang ini sehingga sekarang. Terpicul sahaja satu kejadian, pasti hal perang ini timbul semula.
Perang! Perang! Perang! Bosan. Retorik ini bukan membantu malah memburuk lagi keadaan dan counter produktif. Saya terpanggil untuk memperhalusi kejadian ganyang Malaysia pada zaman konfrantasi dan persepsi rata-rata rakyat Indonesia perihal kejadian perang ini.
Sebab saya rasakan pelik kerana seboleh-bolehnya kita rakyat Malaysia mahu melupakan kejadian ini tapi tidak boleh akibat selalu diingatkan oleh para demonstrator BENDERA di Jakarta atau laman-laman blog Indonesia yang menyeru ke arah perang yang terdapat banyak di internet.
Untuk orang-orang yang selalu merujuk kepada zaman kegemilangan ganyang Malaysia oleh Sukarno ini, maka ini pula pandangan lain dari rakyat Malaysia yang mereka patut tahu. Tak semestinya rakyat Indonesia bersetuju tapi inilah beberapa pandangan lain yang boleh difikirkan bersama. Nilai lah point-point ini atau disagree pun tak apa, boleh bahas kemudian asal bernas ya.
Mari kita mula. Bahawa:
1.Nyata, Malaysia tidak rebah dan pecah akibat konfrantasi. TNI masuk menceroboh Malaysia tapi dapat dipatahkan. Sejak perang zaman batu, tidak pernah dalam dunia ini orang yang menyerang tapi tidak menang, beria-ia dan membangga-banggakan peristiwa itu bagaikan dia menang perang. Malaysia masih tetap terbentuk. Utuh. Kalau Indonesia tidak menang, apakah makna sebaliknya ialah Indonesia kalah? Kalau sudah kalah perang mengapa perlu diagung-agungkan laungan itu kembali? Tidak malukah?
2.Double Standard. Semasa pembentukan Malaysia dan kemasukkan Sabah dan Sarawak adalah melalui pungutan suara masyarakat oleh UN dengan Suruhanjaya Cobbold. Method yang sama seperti Negara Timor Timor. Negara Timor Timor akhirnya merdeka. Kenapa masyarakat Indonesia tidak ghairah ‘Ganyang Timor Timor’ pula ya. I wonder why?
3.Satu hal beza dengan kes Timor Timor pula ialah Sabah dan Sarawak tidak pernah dijajah atau duduk di bawah negara kesatuan pulau Indonesia di bawah Belanda. Ia di bawah pentadbiran British yang berpusat di Kuala Lumpur (ingat di sini ya, KL not Jakarta!) dan sangat rapat hubungannya dengan Semenanjung Tanah Melayu. Soalnya kenapa Sukarno mahu memusnahkan negara baru ini yang tidak ada kena mengena? Antek British? Get real. Sejarah membuktikan tidak ade pun begitu, malah ‘Buy British Last’ adalah menurut Mahathir.
4.Kembali kepada zaman konfrantasi, pada masa itu Malaysia dan masyarakatnya tidak pernah mengancam untuk menyerang pulau-pulau Indonesia tetapi mengapa terjadi juga perang? Tanyalah Sukarno. Hanya beliau yang tahu jawapannya.
5.Kegusaran rakyat Malaysia adalah real. Pisang jangan berbuah dua kali. Sekarang semakin banyak suara-suara mengancam ini ditambah dengan terbukti negara pulau ini pernah menyerang Malaysia pada satu masa dahulu, maka mungkin pada suatu masa akan datang terjadi juga konflik tentera yang tidak dapat dielakkan. Mungkinkah? Atau dapatkah dielakkan? Nauzubillah min zalik.
6.Bila sesebuah negara menyerang negara lain dan membunuh tentera dan masyarakat negara lain itu maka tiada apa yang boleh digelar kecuali negara itu dilabelkan sebagai negara aggressor. Setujukah anda?
7.Sepatutnya, dalam perihal konfrantasi ini, negara kesatuan pulau ini sepatutnya memohon maaf kerana menganggu kemakmuran negara orang lain, yang ternyata tak pernah pula menganggu negara NKRI ini. Tambah lagi bila negara agressor itu tidak pernah menang perang konfrantasi. Bagaimana?
8. Selepas tidak menang Ganyang Malaysia, Sukarno pula yang diganyang oleh rakyatnya sendiri. Dan Sukarno pula yang jatuh dari tampuk kekuasaan akibat huru-hara dalam negeri Indonesia. Apakah ini menandakan bahawa Ganyang Malaysia hanya propaganda sekumpulan team Sukarno sahaja dan sebenarnya tidak didokong oleh rakyat?
Silakan jawab, tapi pastikan hal konfrantasi 1963 sahaja ya. Jangan melalut-lalut seret hal lain. Silakan, pasti hangat.