Semua orang Malaysia tahu siapa Parameswara. Ia ada dalam pelajaran sejarah Malaysia. Sejarah ini diajar di sekolah-sekolah dasar dan menengah. Semua orang Malaysia tahu Parameswara adalah putra Indonesia. Kerana Parameswara ialah putra wilayah Sriwijaya, yangsekarang ini di Sumatera dekat Palembang.
Parameswara ialah putra asal Indonesia tapi hero bagi orang Malaysia.
Ironi bukan?
Beliau adalah penegak kepada kerajaan Melayu Melaka yang terkenal itu. Terkenal bukan kerana banyak penaklukan wilayah luas tetapi terkenal sebab pengembangan bahasa Melayu dan agama Islam keseluruh benua Nusantara dan kepulauannya yang beribu buah.
Bermula sebagai penganut Hindu-Melayu yang berpegang fahaman animism. Parameswara adalah berdarah raja kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Pada awal nya kerajaan Singhasari (kemudian diganti oleh Majapahit) menyerang kota Sriwijaya tetapi Sriwijaya masih utuh namun pada zaman Majapahit, Sriwijaya diserang habis habisan dan semua bandar-bandar dan kota-kota ditakluk serta semua keturunan raja-raja Sriwijaya dibunuh.
Maka berakhirlah riwayat kerajaan Hindu Sriwijaya yang bertahan gah sehingga 1000 tahun di tangan Majapahit di bawah pimpinan Hayam Wuruk. Akhirnya Parameswara lari ke Singapura dan seterusnya ke Melaka dan bertakhta di sana. Membentuk Malaka Sultanete, satu kuasa baru selepas kemunduran Majapahit.
Apa pelajaran yang paling boleh kita dapat dari Parameswa?
Kisah pelarian Parameswara memberikan satu pengajaran kepada orang-orang Indonesia dan orang-orang Malaysia bahawa kedua-dua negara ini memang ditakdirkan bercantum-cantum bergulung-gulung dalam satu budaya dan satu rupa manusianya.
Mungkin juga ditakdirkan untuk bercakaran atau berkelahi? Itu pilihan. Berkelahi boleh, berkasih-kasihan pun boleh. Bersatu tegoh, bercerai roboh.
Apa yang boleh kita pelajari dari sejarah Majapahit dan Melaka? Bahwa bermusuh-musuhan sesama kita tidak ada faedahnya. Majapahit bermusuh dengan Melaka.Dan Melaka bermusoh dengan Majapahit. Ibarat emosi sekarang. Emosi Indonesia membenci Malaysia. Emosi Malaysia membenci Indonesia. (Ini tanggapan saya, saya yakin tidak benar, cuma sentimen aje) Benci membenci. Dulu, 500 tahun dahulu beginilah kita.
Akhir kononnya Gajah Mada dan Hang Tuah juga tidak sejalan. Masing-masing berkelahi merebut keris Taming Sari. Konon dimenangi oleh Hang Tuah.