“Jangan biarkan piring, mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua piring, mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.” Pandangan ini juga turut dikongsi oleh Puan Tya Mohamad mengenai perkara ini. Berikut antara perkongsian beliau; Pernah dengar tak? Piring mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam. Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang. Saya pernah dengar dulu… masa zaman sekolah lagi..Tapi, terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pun..Tapi, tetiba ada yang reminder semula.. Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah. Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Ruginya selama ni tak buat sungguh-sungguh.Bukan tak basuh piring,Cuma ikut mood,bila rasa lapang baru buat.Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang lupa basuh dah. Esok pagi baru nak basuh. Allah, itu lah ambil ringan je,Bila dah tahu,Rasa terpukul betul.
Rasa nak putar semula masa.Macam-macam rasa ada.Selama ini meremehkan sunnah? Tak serius? Allahu…aku sengaja…Nabi suruh pasti bersebab.Pasti hikmahnya besar.Lepas dah tahu,Sedaya upaya amalkan.Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas-bekas makan tu, basuh juga.Rupanya betul..Bila dah settle kerja ni,Lapang dada rasa.Nak bergolek pon tak bersalah.Nak berjimba pon, relax je sebab kerja dah selesai.Rumah pon rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.Pada satu sudut lain,Jin pon tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita.Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kafakiran. Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu. Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu..Ampuni aku andai terculas lagi..Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolongan Mu, ya Rabbal a’lamin.