Mohon tunggu...
KOMENTAR
Sosbud

Negara ASEAN, Asia Barat Sambut Raya Serentak 30 Ogos

6 September 2011   00:47 Diperbarui: 26 Juni 2015   02:12 315 0
Kemarin (Senin malam) sambil menunggu anak-anak yang sedang les, kebetulan ada koran terletak, jadi daripada nganggur saya baca koran itu. Koran dimaksud adalah Berita Harian, Isnin, 22 Ogos 2011 (saya memang berdomisili di Malaysia). Berikut berita selengkapnya tanpa ada yang ditambah atau dikurangi. Tulisan yang dibold saya yang membuat.

Negara ASEAN, Asia Barat sambut raya serentak 30 Ogos.

Kuala Lumpur: Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini bersama beberapa negara Asean lain dan Asia Barat seperti Jordan berdasarkan perkiraan awal ahli falak berdasarkan rukyah.

Emiriah Arab bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Utara pula dijangka menyambut 1 Syawal pada 31 Ogos.

Penyelaras Pusat Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Nasirun Salleh, berkata berdasarkan perkiraan awal ahli falak, termasuk dari pusat itu, mendapati ia memenuhi inkanu rukyah atau syarat-syarat kelihatan anak bulan seperti yang diputuskan Majlis Agama Islam Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIM).

"Kajian saintifik pusat penyelidikan ilmu falak USM mendapati tarikh 1 Syawal akan jatuh pada 30 Ogos ini dan memenuhi syarat-syarat kelihatan anak bulan.

"Ia menepati syarat diputuskan MABIM antaranya anak bulan condong dua darjah dan kematangan anak bulan memenuhi tempoh ditetapkan tetapi pengumuman rasmi menyambut Aidilfitri di Malaysia akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja," katanya, dihubungi Berita Harian semalam.

Umat Islam mewakili 58 peratus dari 28 juta rakyat negara ini mula berpuasa sejak 1 Ogos dijangka menyambut kedatangan Syawal pada 30 atau 31 Ogos depan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada akhirnya Malaysia menetapkan Hari Raya jatuh pada Selasa 30 Agustus 2011. Seandainya pemerintah kita dapat memperkirakan jatuhnya 1 Syawal seawal ini (lebih dari seminggu), niscaya akan lebih besar manfaatnya untuk kemaslahatan ummat dan ukhuwah Islamiah di negara kita.

KEMBALI KE ARTIKEL


LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun