Ini sekedar Info yang hanya sedikit saya keteahui , kalau ada salah dan silapnya mohon di berikan petunjuk dan penjelasan .
Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, tidak mengambilkira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong. Sempena hari tersebut juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengurniakan darjah kebesaran kepada anggota masyakarat yang berbakti kepada negara. Bermula pada 2006, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong di anugerahkan kepada 10 pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan di mana-mana universiti terbaik di seluruh dunia. Ringkasan Anugerah Persekutuan Dan Gelaran:
- Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) – penerima lelaki dapat ‘Tun’ dan isteri dapat ‘Toh Puan’, kalau penerima perempuan dapat ‘Tun’, tiada gelaran untuk si suami;
- Seri Setia Mahkota (SSM) - penerima lelaki dapat ‘Tun’ dan isteri dapat ‘Toh Puan’, kalau penerima perempuan dapat ‘Tun’, tiada gelaran untuk si suami;
- Panglima Mangku Negara (PMN) – penerima lelaki dapat ‘Tan Sri’ dan isteri dapat ‘Puan Sri’, kalau penerima perempuan dapat ‘Tan Sri’, tiada gelaran untuk si suami;
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – penerima lelaki dapat ‘Tan Sri’ dan isteri dapat ‘Puan Sri’, kalau penerima perempuan dapat ‘Tan Sri’, tiada gelaran untuk si suami;
- Panglima Jasa Negara (PJN) – penerima lelaki dapat ‘Datuk’ dan isteri dapat ‘Datin’, kalau penerima perempuan dapat ‘Datuk’, tiada gelaran untuk si suami; dan
- Panglima Setia Diraja (PSD) – penerima lelaki dapat ‘Datuk’ dan isteri dapat ‘Datin’, kalau penerima perempuan dapat ‘Datuk’ tapi tiada gelaran untuk si suami.
KEMBALI KE ARTIKEL