Bandung, 07 Dis - Sebahagian besar mahasiswa Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Gunung Djati yang akan menduduki Ujian Akhir Semester (UAS) kelihatan sedang sibuk berdiskusi, menelaah pelajaran di kampus, tidak kurang juga yang sudah siap untuk bergempur di medan UAS yang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Pelbagai persediaan dari segi fizikal dan mental telah dilakukan oleh mahasiswa UIN Sunan Gunung Djati demi memberi yang terbaik dalam ujian tersebut.