Merapah tak kenal henti
Suah menjajah pelbagai ardi
Pun tidak sepan menyedang nurani
Dirinya enggan berdiam diri
Tak sudi kekadar mengakui hierarki
Dalam dekap kegaduhan kota
Ia rasa kenyamanan logika
Entah mengapa perihal peristiwa
Mengisarkan akal budinya
Untuk memusuhi nuansa hampa
Segan dia pada senyap gulita
Apa hendak dikata?
Hingar-bingar kota
Suah melahap kelirihan tala
Menorehkan gemuruh tak terhingga