[caption id="attachment_148254" align="aligncenter" width="300" caption="Foto Kartun Biar Tidak Seram"][/caption] Apa yang saya taip(ketik)ini adalah berdasarkan apa yang seorang Ustaz ini sampaikan di rancangan television bernama Al-Kulliyah..nama Ustaznya saya tidak ingat tetapi apa yang disampaikan olehnya saya masih ingat sehingga ke hari ini kerana situasinya sangat biasa terjadi kepada mereka yang pernah atau sedang dilamun cinta.. Menurut Ustaz tersebut,salah satu tanda bahawa cinta itu sedang atau telah diganggu oleh jin(makhluk halus)adalah apabila terjadinya "cinta sepihak"..Ustaz tersebut memberikan contoh,jika si A(wanita) jatuh cinta pada si B(lelaki),si B tidak menghiraukan si A..kemudian,apabila si B telah "lembut" hatinya dan mahu menerima si A,si A pula merasa benci dengan si B..apabila si B berputus asa dengan si A,si A mahu si B kembali..begitulah berulang-ulang rotasinya..jin menganggu supaya hati mereka tidak bertemu.. Itu lah yang disampaikan Ustaz tersebut..saya pun tidak pasti untuk percaya atau tidak apa yang telah disampaikan Ustaz tersebut..apa-apa pun,kata-kata Ustaz tersebut seperti mesin putar yang melekat diingatan saya..terngiang-ngiang..kalau benar lah apa yang dikata,harus baca doa dahulu sebelum melihat seseorang yang kita minati,tidak mahu lah jin menganggu jalan..
KEMBALI KE ARTIKEL