Mohon tunggu...
KOMENTAR
Olahraga

Keputusan: Malaysia 2-0 Hong Kong

9 Februari 2011   16:31 Diperbarui: 26 Juni 2015   08:45 813 0

Hari ini hari telah bermulanya kebangkitan bola sepak Asia Tenggara. Dua negara tetangga Indonesia – Malaysia telah berjaya menjinakkan pasukan Asia Timuriaitu Hong Kong. Walaupun pasukan Hong Kong berada di bawah ranking FIFA Indonesia-Malaysia tapi kemenangan ini adalah bukti pasukan bola sepak Asia Tenggara bukan sekadar juara kampung.

Perlawanan persahabatan Indonesia-Malaysia


Beberapa jam lalu pasukan Indonesia U-23 dengan jayanya menewaskan Hong Kong U-23 dengan score yang amat membanggakan 4-1 dan beberapa minit tadi (ketika artikel ini ditulis) pasukan Malaysia baru saja berjaya meneruskan prestasi cemerlangnya dengan kemenangan mutlak 2-0 ke atas skuad Hong Kong. Saya mewakili rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Indonesia U-23 dan juga Malaysia ke atas kemenangan perlawanan friendly pertama mereka.

Malaysia 2-0 Hong Kong.


Perlawanan pertama Harimau Malaya selepas bergelar juara telah memberikan semangatbaru untuk terus maju dalam mencapai misi berjaya dalam arena bola sepak International. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam,Selangor pada pukul 8.45 malam tadi telah dihadiri oleh anggaran 5,000penyokong setia Malaysia. Tidak ramai yang hadir kerana rata-rata rakyat Malaysia yang baru pulang dari kerja lebih senang menonton siaran langsung di rumah.

Seperti diduga pasukan Harimau Malaya kali ini dibarisi oleh kombinasi pemain dari 3 skuad berbeza –Skuad juara Sukan SEA 2009,AFF Suzuki 2010 dan Harimau Muda. Mempunyai ramai pilihan pemain yang bagus , K.Rajagopal selaku ketua jurulatih memikul tugas yang amat rumit untuk mencari kombinasi yang mantap bagi membentuk pasukan Harimau Malaya.

Separuh masa pertama.

Babak pertama perlawanan pasukan Harimau Malaya telah berjaya menguasai tempo permainan dengan hantaran bola yang pendek dan kemas. Situasi ini menunjukkan pasukan Malaysia telah mempamerkan peningkatan baik dari segi hantaran bola (passing). Pada awal minit ke-30 penyerang baru berbisa Pelita Jaya Indonesia, Safee Sali telah membuat percubaan menarik melalui half volley cantik dari luar kotak penalti tepat  ke arah gawang  tapi malangnya ditepis penjaga gol lalu tersasar ke  tiang gol. Sebelum masa pertama berakhir Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim telah berjaya mengawal bola dengan cantik ke dalam kotak penalti sebelum merembat kencang bola untuk gol pertama Malaysia.

KEMBALI KE ARTIKEL


LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun