Mohon tunggu...
KOMENTAR
Cerpen

Akhlaq Wanita Tarim Hadhromout Yaman

31 Januari 2014   22:59 Diperbarui: 24 Juni 2015   02:16 165 0
Dalam menelusuri kota Tarim, Wanita Tarim
sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan
dalam lingkungan beragama dan terdedah
dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan
sebagainya
Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-
Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan
akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka.
Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah
mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di
dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat
lelaki asing selain daripada saudara-saudara
lelaki dan bapa saudara mereka sahaja.
Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal
muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak
kenal wajah orang fasiq.
Perbualan mereka adalah perbualan tentang
majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak,
tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan
mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai
untuk dinikah oleh walinya maka mereka
dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan
keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada
cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya
mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar
belasan tahun. Begitulah keadaan mereka,
cukup terpelihara dan terjaga.
Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan
suami mereka. Begitu juga dengan para
suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila
barang keperluan asas atau harian, seperti
beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka
tidak langsung memberitahu suami kerana
bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak
mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa
yang mereka lakukan adalah dengan
meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu
pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh
suaminya.
Begitu juga para suami, seluruh hajat dan
keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya
suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula
menghalang para isteri untuk keluar membeli-
belah ke pasar seperti membeli baju atau
barang keperluan wanita, namun urusan dapur
seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu
merupakan tugas suami atau pembantu.
Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar
tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka
pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan
harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik
mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi
mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu
membangkitkan suasana yang tenang dan
romantik serta menambahkan kasihsayang.
Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan
meninggikan suara pada suami. Mereka tidak
pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila
mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan
mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih.
Itulah marah mereka.
Keadaannya sama juga dengan para suami.
Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi
mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat
kesal atas sesuatu perkara, mereka akan
menulis sepucuk surat kepada isteri dan
kemudian mereka akan pergi atau tidur.
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula
surat daripada suami tadi, seterusnya suami
pula akan menjawab surat daripada isteri dan
sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa
bersama.
Indahnya marah yang sebegini, marah yang
mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri
dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada
mereka memendam rasa.
Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara
mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu
ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi
keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia
Nabi Muhammad dalam rumah
tangga nabawi yang payah untuk kita temukan
di masa kini, namun dipraktikkan dalam
kehidupan masyarakat Tarim.
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.
Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum
perempuannya yang mendedahkan wajahnya di
khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja
di ladang atau mengembala kambing kawasan
kering bukit-bukau sekalipun jauh dari
pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya
dan berniqab/bercadar hitam. Mereka dapat
bertahan walaupun di dalam keadaan panas
teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut
yang terkenal dengan panasnya.
Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api
neraka lebih mengerunkan mereka berbanding
teriknya pancaran matahari. Dan kaum
perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada
keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke
kedai ada mahram yang akan menemaninya atau
mereka keluar secara bergerombolan.
Maka terpeliharalah mereka dari sebarang
fitnah.
Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya
kalau hendak menceritakan perihal penghuni
kota Tarim, teramatlah banyaknya

KEMBALI KE ARTIKEL


LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun