Tiba terlalu tergesa-gesa.
Memaksa embun mematung dikelopak mata.
Sedikit merembesi wajah pagi.
Sedu sedan menanti si embun menguap.
Pagi memerintah awan.
Membuat lengan-lengan lembut.
Memeluk kaum pecandu rindu.
Tak usah sedih, rindu sudah biasa sendiri.
Pagi menjelma dewa cinta.
Ia juga memerintah awan.
Membuat atap-atap sejuk.
Barangkali si perindu kepanasan.
Kerana kekasihnya melabuhkan rindu seseorang lain.
Pagi memang baik,
Tapi ia hanya bertahan hinggal pukul 9.
Selebihnya, perindu berlindung di balik sajak.
Kerana disana akan tercipta kerinduan paling romantis.
Juni 2016