aku siapakah?
jangan tanya siapa aku
kerana ke-aku-an aku
hanya sebatas aku
akupun tidak ingin jadi kau
kerana ke-kau-an kau bukan ke-aku-an aku
aku
kau
mengaku-aku, mengkau-kau
tak mungkin meng-aku-kan kau
tak elok meng-kau-kan aku
lalu siapakah aku?
akukah kau? kaukah aku?
kenapa mesti bertanya?
apakah kerana kau tak pernah kenal aku?
mungkinkah kerana aku tak ingin mengenali kau?
bagaimana mungkin kau akan dapat jawaban dari aku
sedangkan aku dalam keakuanku bukan siapa-siapa
lalu apakah aku materi yang menuju pada kekekalan abadi? entahlah,
kerana tidak aku, tidak pula kau: tak pernah tahu ke-kau-an dan ke-aku-an di titik nol
sumurserambisentul, 10 november 2020
arrie boediman la ede