19 Februari 2013 10:35Diperbarui: 24 Juni 2015 18:032720
Foto ini sekitar 2009 yang lalu, dan kemudiannya ketika aku kembali pada musim Haji 2012.. Menara itu kini sudah TINGGI mencakar langit kota Makkah. Ketika sendirian melayan lamunan hati, sering aku mengingati detik detik ketikanya tapak kaki ku menjelajah Masjidil Haram. Ketika mengerjakan Umrah dan ziarah di tanah suci, aku berazam benar benar mahu menjelajahi seluruh ruang Masjid itu, luar dan dalam, dan ke paras lantai teratas. Syukur hasratku tercapai di tahun itu, mungkin kerna jemaah tidak seramai di musim Haji.. dan kembalinya aku sebagai tetamu Allah untuk Haji kali ini benar2 memberikan kesan yang amat mendalam pada jiwa kerna aku punya peluang masa lebih satu bulan lamanya untuk beriktikaf dan beribadah di Masjdil haram. Kini masjid ini sedang melalui tempoh peralihan di mana kian banyak dari binaannya bakal di runtuhkan untuk pembangunan semula
Jixie mencari berita yang dekat dengan preferensi dan pilihan Anda. Kumpulan berita tersebut disajikan sebagai berita pilihan yang lebih sesuai dengan minat Anda.