Pikiran utama bagi gerakan kemerdekaan di tanah Melayu dan Nusantara ini dipelopori oleh para ulama Fathani atau Patani. Sejak Syeikh Daud al-Fathani, yang berdiri gerakan Jam'iyyah Islamiyah pada tahun 1835 M. bersama sahabat seperjuangan dengan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Syeikh Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdul Wahab Bugis serta para ulama Jawi lain berusaha melawan penjajah pelbagai penjuru iaitu British-Belanda-Siam yang berpakat untuk memecah belahkan sempadan Nusantara melalui pelbagai perjanjian sulit.(Ibnu Jawi,2020)