Istilah tersebut telah menjamur di semua kalangan umat Islam terutama di semenanjung Melayu khususnya di bumi Patani, Selatan Thailand.
Ketupat Palas sangatlah identik dengan Hari Raya Idulfitri. Buktinya saja di mana ada ucapan selamat Idulfitri tertera gambar dua buah ketupat atau lebih.
Ketupat Palas ia bukan sekadar makanan. Tapi juga menyimpan cinta dan kesabaran. Membuat atau menganyam ketupat, tidak kira sama ada ketupat nasi atau ketupat palas atau apa saja, ia adalah mahakarya untuk kehidupan.
Ketupat Palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.
Berbeda dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi.
Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina.