Mohon tunggu...
KOMENTAR
Puisi

Cinta Dunia

24 Agustus 2011   21:46 Diperbarui: 26 Juni 2015   02:29 57 0
Cinta dunia ini.. Betapa mempesonanya dunia ini dengan keunikannya, Seringkali ku tergoda dengan warna-warninya yang sementara, Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir. Cinta dunia ini.. Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan, Seringkaliku mengejar mencari nikmat duniawi tak berkesudahan, Lantas melalaikan ibadah syukurku kepada Pemberi nikmatku. Cinta dunia ini.. Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi, Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji, Lantas aku lupa akan kasih pemberian ar-Rahmanku, Cinta dunia ini, Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh kebahgiaan Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati, Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim. Ya Baaqy.. Hanya kepada-Mu jua cinta abadi, Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari, Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki. Ya Raqibb.. Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu, Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu, Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku. Ya Ghafuur.. Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku, Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu, Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu. Ya Haadiy.. Kurniakan aku hidayah, Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah, Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman.. Ya ALLAH.. Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku, Ku takut untuk menyintai dunia ini, Kerana ku tahu cinta dunia ini

KEMBALI KE ARTIKEL


LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun