Buku Agar Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah Terbit di Malaysia
26 Juni 2012 04:14Diperbarui: 25 Juni 2015 03:313894
Judul : 7 Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah dan Diberkati Penulis : Akhmad Muhaimin Azzet Penterjemah : Nabilah Abdul Jalil Penyunting : Dr.Mohd. Puzhi Usop Penerbit : Al-Hidayah Publisher, Malaysia Muka Surat : 214 ISBN : 9789675984846 Price : RM14.00 Buku ini dikarang bermula dari sebuah kenyataan, bahawa hampir semua orang yang bekerja pada siang hari dan malam tujuannya adalah untuk mencari rezeki. Namun, apakah rezeki itu hanya boleh diperolehi dengan cara “BEKERJA”? Sebagai ikhtiar yang lumrah, bekerja memang dijadikan sebagai jalan untuk mencari atau menjemput rezeki. Tetapi, bekerja bukanlah satu-satunya jalan agar rezeki bertambah. Di dalam buku ini, penulis menyajikan kepada pembaca 7 cara agar rezeki semakin bertambah dan diberkati; yang penulis huraikan berdasarkan Al-Qur’an dan hadis Nabi S.A.W. Sejujurnya semua orang berharap agar rezeki mereka semakin hari kian bertambah. Tetapi, adakah dengan rezeki yang bertambah saja sudah cukup? Belum! Satu perkara yang sangat penting dalam hal rezeki adalah nilai keberkatannya. Sesungguhnya keberkatan ini penting agar seiring dengan bertambahnya rezeki, mampu membawa ketenteraman dalam keluarga. Semakin bertambah rezeki, bukan membuatkan kita semakin jauh daripada Allah S.W.T. tetapi semakin hampir kita kepada-Nya. Buku ini dilengkapi panduan yang praktikal. Contohnya, langkah-langkah yang mesti ditempuh oleh seseorang untuk menguatkan keyakinan. Bahkan, termasuk bagaimana langkah praktikal agar boleh menjadi hamba yang bertakwa: terdapat 3 cara yang ditawarkan kepada pembaca sebagai langkah segera untuk meraih ketakwaan. Keyakinan dan takwa adalah termasuk cara yang diangkat di dalam buku ini agar rezeki semakin bertambah dan berkat. Di samping panduan praktikal, buku ini juga dilengkapi dengan contoh atau kisah sebenar yang pernah berlaku. Contohnya, kejayaan seseorang ketika melakukan Solat Dhuha dua belas rakaat atau beberapa kisah benar orang yang mendapat rezeki berkali-kali ganda setelah bersedekah. Bukan itu saja, buku ini juga dikuatkan lagi dengan contoh teladan Nabi S.A.W Yang dipraktikkan oleh para sahabat. Seperti kisah beberapa sahabat yang begitu bersemangat terhadap ayat “Lan tanaalul birra hattaa tunfiquu mimmaa tuhibbuun”. Begitulah. semoga buku ini berguna tidak hanya bagi penulis dan keluarga, tetapi juga bagi pembaca tercinta.
Jixie mencari berita yang dekat dengan preferensi dan pilihan Anda. Kumpulan berita tersebut disajikan sebagai berita pilihan yang lebih sesuai dengan minat Anda.