'memenangkan' atau 'memenangi'?
Soalan ini bermain2 di fikiran saya tatkala mendengar pengucapan iklan dari televisyen Indonesia.
(Di Johor Bahru tempat saya tinggal, siaran televisyen Indonesia contohnya RCTI, SCTV, TPI dan lain2 dapat ditonton dengan jelas tanpa menggunakan parabola).
“Menangkan sebuah mobil!” begitulah kira2 ucapannya.
Kalau di Malaysia saya rasa akan berubah menjadi:-
“Menangilah sebuah kereta!”.
Di Malaysia, kata ‘memenangkan’ jarang diucapkan kerana ia bermakna ‘menjadikan atau menyebabkan menang’.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memenangkan
Sementara ‘memenangi’ bermaksud ‘memperoleh kemenangan atau mendapat kejayaan dalam perlawanan, peperangan dll’.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memenangi
Berikut adalah petikan yang saya ambil dari ulasan tentang Festival Filem Malaysia yang telah berlangsung tidak lama dahulu.
Filem Terbaik FFM Ke-15, Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman merupakan sebuah filem berbentuk biografikal dengan mengangkat kisah keperwiraan seorang anggota tentera, Leftenan Adnan semasa Perang Dunia Kedua. Filem ini juga turut memenangkan Aziz sebagai Pengarah Terbaik. Bagaimanapun filem ini gagal memenangi anugerah untuk Cerita atau Lakon Layar Terbaik. Yang menariknya untuk Cerita dan Lakon Layar Terbaik pada festival sebenarnya dimenangi oleh Aziz juga tetapi melalui filemnya yang lain iaitu filem Seri Dewi Malam, sebuah filem yang membawa citra wanita.
Sebagai perbandingan, elok rasanya kita ambil contoh penggunaan imbuhan ‘kan’ dan ‘i’ yang saya rasa semua orang telah arif tentang perbezaan penggunaanya:-
-Menjalankan – menjalani
-Melalukan – melalui
-Menaikkan – menaiki
-Menjatuhkan – menjatuhi
-Melemparkan – melempari
-Menikahkan – menikahi
Maksud akan berubah sama sekali sekiranya imbuhan ‘kan’ dan ‘i’ di atas saling ditukar-ganti.
Maaf kalau ada yang tidak berkenan.
Semoga ada yang dapat memberi penjelasan dari sudut Bahasa Indonesia.
Salam damai,
Kamal Izad.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H