Lagi pembantu rumah Indonesia diperlakukan kejam.
Kapan ianya akan berhenti?
Tidakkah ia bisa dihentikan?
Wahai rakan kompasioner, tulisan ini tiada niat yang tersirat, hanya ingin berbagi info.
Sebelum itu, maaf kerana bahasa Indonesia saya tidak bagus, hanya belajar dari Kompasiana dan sinetron sahaja.
Sebagai info, saya pernah menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia, 7 orang kesemuanya.
Secara peribadi, tidak ada masalah besar dari mereka. Saya berurusan dengan mereka secara profesional.
Namun, dari pemerhatian saya, jika majikan itu ada niat tidak baik, amat mudah tenaga kerja wanita Indonesia itu diekploitasi.
Berikut adalah pemerhatian saya:-
1. Pasport di simpan oleh majikan.
Atas alasan kekhuatiran pekerja bisa kabur, maka pasport TKW itu tidak dapat di simpan oleh yang empunya diri. Pelik bin ajaib. Di mana-mana penjuru dunia, pasport adalah hak mutlak yang empunya diri. Orang lain tidak punya hak. Juga heran, hanya pembantu rumah yang pasportnya disimpan majikan. Di sektor profesion lain (baca: expatriat, boleh tanyain Pak Nurtjahjadi, Pak Andika atau Mas Bimo), pasportnya terang2 disimpan sendiri. Apa takut kececeran maka harus disimpan majikan?
Saya rasa pihak TKW akan takut berkata benar kerana berasa dirinya terikat.
Penyelesaian:
Buat satu peraturan supaya pasport harus dipegang oleh TKW.
Saya secara peribadi tidak ada masalah. Lagipun, kalau TKW mahu kabur, mereka bisa kabur. Tidak kira ada pasport atau tidak.
Dengan adanya pasport pada diri mereka, setidak2nya akan berkurang rasa rendah diri pada mereka, tidak akan ada rasa diri diperbudakkan. Mereka sama dengan para karyawan yang lain. Expatriat atau tidak.
2. Wang gaji hanya diuruskan oleh majikan dengan pekerja
Di sini terdapat peluang majikan untuk tidak membayar gaji. Tidak ada peraturan khusus yang menghendaki majikan membayar gaji bulanan ke dalam akaun bank yang buku banknya dipegang oleh TKW sendiri. Ada tendensi oleh majikan untuk hanya menyerahkan wang gaji sewaktu mahu kembali ke Indonesia. Juga amat mudah bagi majikan (yang zalim tentunya) untuk tidak langsung membayar gaji seusai tamat tempoh kontrak kerja. Tidak ada bukti untuk menunjukan wang gaji telah dibayar.
Begitu juga, pihak TKW yang nakal juga bisa mengada-adakan kasus kononnya majikan tidak membayar gaji kerana tidak ada bukti bahawa wang gaji telah diterima.
Penyelesaian:
Untuk penyelesaian jangka panjang, lebih baik urusan penggajian diuruskan oleh agen yang bertauliah dan legal. Dengan bayaran administrasi RM10 ~ RM20 per bulan, saya rasa pihak agen tidak ada masalah menguruskan wang penggajian. Bagi agen, yang penting ada bayaran. Majikan harus membayar pada agen, lalu agen akan membayar pada TKW yang berada dibawah pentadbirannya.
3. Tidak ada cuti mingguan.
Mungkin sudah diberitahu sebelum berangkat ke Malaysia, tidak akan ada cuti mingguan, makanya para TKW itu tidak mahu rehat mingguan. Kesemua pembantu rumah saya tidak mahu cuti walaupun diarahkan. Sudah saya bilang kepada mereka, takut nanti dilaporkan ke kedutaan bahawa saya bertindak kejam dengan tidak memberi cuti rehat. Malah jawabannya " enggak tau mau buat apa, kalau enggak kerja". Ya sudah.
Makanya pemikiran mereka harus di-set sejak awal bahawa cuti rehat itu WAJIB dan penting.
Bandingan dengan TKW Filipina, mereka cuti rehat tiap hari Ahad. Mereka ramai-ramai ke gereja. Di sana mereka berbagi info tentang hal2 yang bersangkutan.
Penyelesaian:
Perkara ini sudah dipersetujui bersama. Hanya pelaksanaannya yang masih belum berlaku.
TKW harus ada cuti libur. Apa nggak capek kerja 7 hari seminggu terus-menerus? TKW Filipina ada cuti libur, kenapa nggak TKW Indonesia?
Sekiranya kerja harus dibayar lebih (overtime).
4. Gaji yang didapatkan lumayan rendah dibanding dengan TKW Filipina.
Sekarang ini pembantu rumah Indonesia dibayar RM400 ~ RM600 sementara rakyat Filipina sebanyak RM800 ~ RM1200.
Sama-sama pembantu rumah, tugasnya sama, tapi bayarannya berbeza.
Penyelesaian:
Yang ini harus tergantung kepada status akademiknya.
TKW Filipina punya kelayakan akademik yang rata-rata lebih tinggi dibanding dengan Indonesia. Sebagai informasi, 5 daripada 7 pembantu rumah saya hanya bersekolah dasar.
(Kebanyakan TKW Indonesia yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi memilih untuk kerja di negara lain seperti Singapura, Hongkong, Taiwan, Jepun dan negara2 timur tengah yang gajinya lebih tinggi.)
TKW Filipina juga mahir mengendalikan peralatan elektrik di rumah. Mereka juga bisa berbahasa Inggeris. Makanya pemerintah Indonesia harus memastikan semua calon TKW mempunyai kelayakan akademik dan pengetahuan yang tinggi juga, setara dengan TKW Filipina. Begitu setara, gaji yang didapatkan juga bisa setara.
5. Tidak dapat beribadah dan menjalani kehidupan sesuai ketentuan syariat Islam.
Malang (tidak semua) bagi pembantu rumah muslim yang bekerja di rumah non-muslim. Mahu solat terhalang, mahu puasa tidak ada toleransi, dan paling kejam disuruh masak sesuatu yang haram.
Penyelesaian:
TKW muslim hanya dibenarkan bekerja di rumah majikan muslim sahaja.
TITIK!.
6. Penderaan/penyiksaan/penganiyaan
Ini kasus yang paling parah.
Dari statistik yang diperolehi, kekejaman , penderaan atau perilaku dilakukan oleh majikan non-muslim.
Perbuatan kejam terhadap sesama manusia tidak dapat diterima sama-sekali. Hukuman yang setimpal ke atas pelaku telah dan sedang dijalankan. Ia memang wajib. Tetapi kenapa hingga kini tiada tindakan yang kukuh untuk jangka-panjang? Seharusnya sudah ada ada langkah pencegahan yang ampuh.
Penyelesaian:
Setiap pembantu rumah harus didaftarkan (registered) ke pihak berwajib (contoh kedutaan).
Harus ada satu badan yang diiktiraf kedua2 negara dalam mengendalikan TKW ini.
Keberadaan dan kesejahteraan tiap TKW harus dipantau. Untuk memudahkan, sebaiknya para TKW diwajibkan untuk memaklumkan/melaporkan setiap bulan kepada badan tersebut. Jika didapati ada pembantu rumah yang tidak melaporkan diri, pihak badan tersebut harus segera menyiasat.
Jika ongkos yang jadi hambatan, seharusnya dikenakan bayaran administrasi yang dipersetujui oleh kedua2 pihak majikan juga tenaga kerja tersebut.
Kedua2 pihak: para TKW juga majikan akan mendapat manfaat di atas kewujudan badan pemantauan tersebut. Setiap TKW mahupun majikan bisa mendapatkan informasi tentang diri TKW atau majikan itu sendiri. Juga kedua2 pihak dapat melaporkan terus kepada badan tersebut jika berlaku ketidakpuasan/salah-laku oleh TKW atau majikan yang terlibat.
Secara peribadi, saya rasa tidak ada kesungguhan dalam menyelesaikan masalah ini.
kedua2 pihak yang berwenang, kerajaan Malaysia mahupun pemerintah Indonesia harus serius menangani masalah ini.
Indonesia sebagai pembekal tenaga punya lebih kuasa dibanding dengan Malaysia.
Jika peraturan2 di atas tidak dipersetujui, hentikan sahaja pengiriman pembantu rumah ke Malaysia.
Saya kira itu lebih baik demi kerukunan hidup bertetangga.
Pemerintah Indonesia akan dapat melindungi rakyatnya secara total; dan kerajaan Malaysia dapat melatih rakyatnya supaya lebih mandiri - tanpa perlu bergantung kepada tenaga luar.
Salam damai dari Malaysia,
Kamal Izad.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H