Malaysia telah memuktamadkan laporan penuh mengenai cadangan link rel berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura. Malaysia yang di wakili oleh Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia akan bertemu dan berdiskusi dengan wakil dari singapura pada akhir bulan ini. Menurut info bebrapa perubahan kecil kemungkinan masih boleh berlaku dan pihak malaysia akan memuktamadkan perkara ini dengan kerajaan singapura dalam bulan augsutus ini juga dan sebarang detail berkenaan projek ini termasuk modaliti dan pembiayaan, akan diumumkan selepas perbincangan dengan pegawai-pegawai Singapura. Projek ini dianggarkan bernilai AS $ 10 bilion (RM32 bilion), projek kereta api berkelajuan tinggi ini dijangka siap pada tahun 2020. Ia bakal mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar-bandar untuk 90 minit dan projek itu telah menarik minat dari pelbagai syarikat-syarikat internasional, termasuk dari China, Jepun, Perancis dan Sepanyol. Dengan terlaksananya projek ini sudah pasti akan meningkatkan lagi khususnya ekonomi kedua2 lota tersebut dan kedua2 negara amnya. ilustrasi high speed train yang bakal di bangunkan nanti...
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H