Mohon tunggu...
Mohd Izuan
Mohd Izuan Mohon Tunggu... -

pembaca setia.siswa electro

Selanjutnya

Tutup

Olahraga

Pra Olimpiade - Malaysia Tumpaskan Pakistan dengan Bergaya

24 Februari 2011   05:09 Diperbarui: 26 Juni 2015   08:19 1163
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

[caption id="attachment_92884" align="aligncenter" width="500" caption="3 Pemain Pakistan tidak dapat menghalang Wan Zahrul a.k.a Messi Malaysia menjaringkan gol."][/caption]

Semalam tarikh 23 February 2011 telah bermulanya sepak mula pertama  perlawanan bola sepak Pra-Olimpik bagi pasukan Malaysia. Tugas baru untuk mencuri tempat beraksi di Sukan Olimpik London 2012 menjadi misi utama pasukan bimbingan jurulatih Ong Kim Swee walaupun penyerang utamanya Izzaq tidak dapat beraksi untuk perlawanan pertama kerana mengalami kecederaan.

Dibarisi pemain muda  rata-ratanya skuad berasal dari  Harimau Muda A yang berlatih di Slovakia telah mula menunjukkan hasilnya. Menyarung jersi mewakili negara buat kali pertama telah menambahkan cengkaman dan ketajaman pasukan  Harimau Malaya. Gol Separuh Masa pertama Arahan jurulatih untuk mejaringkan  gol sebanyak mungkin dan mencipta kemenangan sulung telah tersemat di dada pemain Malaysia. Dari tiupan wisel pertama pemain Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi. Cuma dengan masa 3 minit Stadium Shah Alam bergema dengan sorakkan gembira penyokong setia setelah Wan Zahrul meledakkan gol pertama Harimau Malaya. Hasil gol dari sepakkan cantik diluar kotak penalti membuat penjaga gol Pakistan yang beraksi bersama kelab eropah terpaku seketika. Gol  ke-2 sebelum tamat separuh masa pertama Sebelum tiupan wisel tamat separuh masa pertama, Harimau Malaya berjaya merobek gol Pakistan buat kali kedua selepas sekali lagi jaringan cantik dari luar kotak penalti hasil 'first timer' Irfan. Skor Malaysia 2 - 0 Pakistan kekal sehingga tiupan wisel terakhir  walaupun Harimau Malaya  mempunyai tidak kurang 5 cubaan berbahaya yang boleh menghasilkan gol tapi gagal disempurnakan oleh pemain muda Harimau Malaya. Harimau Malaya akan ke Lahore,pakistan untuk memburu misi kemenangan dengan berbekalkan 2 gol. Penyerang utama Izzaq yang mengalami kecederaan diramal bakal mengetuai bahagian serangan di Pakistan kelak.

Biodata Wan Zaharul  ( Messi Malaysia)

1296915340902502849
1296915340902502849

Nama :  Wan Zaharulnizam Zakaria

Umur : 20 tahun

Asal : Kelantan,Malaysia

Kelab : Harimau Muda A

Posisi : Winger

Nombor Jersi : 19 (Harimau Muda A), 8 (Malaysia)

Sumber : Gambar dari Utusan Malaysia,Video dari Sokerenet.com

Mohon tunggu...

Lihat Konten Olahraga Selengkapnya
Lihat Olahraga Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun