[caption id="attachment_89759" align="aligncenter" width="459" caption="Pasukan Hong Kong"][/caption]
Hari ini hari telah bermulanya kebangkitan bola sepak Asia Tenggara. Dua negara tetangga Indonesia – Malaysia telah berjaya menjinakkan pasukan Asia Timuriaitu Hong Kong. Walaupun pasukan Hong Kong berada di bawah ranking FIFA Indonesia-Malaysia tapi kemenangan ini adalah bukti pasukan bola sepak Asia Tenggara bukan sekadar juara kampung.
Perlawanan persahabatan Indonesia-Malaysia
Beberapa jam lalu pasukan Indonesia U-23 dengan jayanya menewaskan Hong Kong U-23 dengan score yang amat membanggakan 4-1 dan beberapa minit tadi (ketika artikel ini ditulis) pasukan Malaysia baru saja berjaya meneruskan prestasi cemerlangnya dengan kemenangan mutlak 2-0 ke atas skuad Hong Kong. Saya mewakili rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Indonesia U-23 dan juga Malaysia ke atas kemenangan perlawanan friendly pertama mereka.
Malaysia 2-0 Hong Kong.
[caption id="attachment_89760" align="aligncenter" width="300" caption="Aidil kembali ke dalam skuad utama Harimau Malaya"]
Perlawanan pertama Harimau Malaya selepas bergelar juara telah memberikan semangatbaru untuk terus maju dalam mencapai misi berjaya dalam arena bola sepak International. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam,Selangor pada pukul 8.45 malam tadi telah dihadiri oleh anggaran 5,000penyokong setia Malaysia. Tidak ramai yang hadir kerana rata-rata rakyat Malaysia yang baru pulang dari kerja lebih senang menonton siaran langsung di rumah.
Seperti diduga pasukan Harimau Malaya kali ini dibarisi oleh kombinasi pemain dari 3 skuad berbeza –Skuad juara Sukan SEA 2009,AFF Suzuki 2010 dan Harimau Muda. Mempunyai ramai pilihan pemain yang bagus , K.Rajagopal selaku ketua jurulatih memikul tugas yang amat rumit untuk mencari kombinasi yang mantap bagi membentuk pasukan Harimau Malaya.
Separuh masa pertama.
[caption id="attachment_89763" align="aligncenter" width="300" caption="Safee hampir menjaringkan gol"]
Babak pertama perlawanan pasukan Harimau Malaya telah berjaya menguasai tempo permainan dengan hantaran bola yang pendek dan kemas. Situasi ini menunjukkan pasukan Malaysia telah mempamerkan peningkatan baik dari segi hantaran bola (passing). Pada awal minit ke-30 penyerang baru berbisa Pelita Jaya Indonesia, Safee Sali telah membuat percubaan menarik melalui half volley cantik dari luar kotak penalti tepat  ke arah gawang  tapi malangnya ditepis penjaga gol lalu tersasar ke  tiang gol. Sebelum masa pertama berakhir Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim telah berjaya mengawal bola dengan cantik ke dalam kotak penalti sebelum merembat kencang bola untuk gol pertama Malaysia.
Separuh masa kedua.
[caption id="attachment_89793" align="aligncenter" width="300" caption="G.Mahathevan ketinggian mirip Rio Ferdinand "]
Hong Kong telah melancarkan serangan mereka dengan beberapa percubaan yang berbahaya ke pintu gol tetapi telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol juara Piala AFF, Khairul Fahmi. Selepas itu Khairul Fahmi ditukarkan dengan penjaga gol juara Sukan SEA,Mohd Farizal. Jurulatih Harimau Malaya, K.Rajagopal telah mencuba beberapa pemain barubagi memantapkan lagi permainan Harimau Malaya. Salah satunya pemain baru yang mempunyai ketinggian seperti Rio Ferdinand bernama Mahathevan antara yang menyerlah pada malam itu. Pada minit ke-90, Amirulahadi berjaya menjaring gol selepas mengawal bola cantik dan merembat masuk ke dalam gol melalui celahan kaki penjaga gol Hong kong. Masa 90 minit tamat Malaysia 2,Hong kong 0.
P/S : Satu hari nanti skuad bola sepak Indonesia dan Malaysia akan menjadi  handal seperti Japan dan Korea.Percayalah.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H