Mohon tunggu...
Mohd Izuan
Mohd Izuan Mohon Tunggu... -

pembaca setia.siswa electro

Selanjutnya

Tutup

Olahraga Artikel Utama

Rahsia Kejayaan Malaysia di Piala AFF Suzuki

5 Februari 2011   14:21 Diperbarui: 26 Juni 2015   08:52 2755
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

[caption id="attachment_89179" align="aligncenter" width="580" caption="Juara Piala AFF Suzuki 2010"][/caption]

Saya terpanggil untuk menulis di kompasiana kerana hendak membantah isu suap yang menentukan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 yang hangat diceritakan oleh media Indonesia. Seperti umum sudah tahu pasukan Malaysia adalah raja bola sepak Asia Tenggara yang baru.Menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 dan Sukan SEA 2009 cukup membuktikan pasukan Harimau Malaya berada pada kelasnya yang tersendiri.

Disini saya ingin tegaskan rakyat Malaysia mempunyai maruah dan kami tidak akan pernah sesekalimembeli atau menjualmaruah negara dengan wang ringgit atau rupiah.Kejayaan ini bukanlah satu yang mudah ia memerlukan perancangan rapi serta usahayang tidak kenal erti lelah dan kalah.Jika dulu Malaysia adalah antara gergasi Asia pernah berada pada posisi ke-79 FIFA tapi beberapa tahun sebelum ini Harimau Malaya berada jauh di tangga ke-140 FIFA. Kejatuhan bola sepak ini dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Politik bola sepak Malaysia

Kisah politik bola sepak memang tidak pernah sepi di Malaysia sama seperti di Indonesia, ahli-ahli politik menguasai jawatan tertinggi dalam persatuan bola sepak. Malah presiden FAM (Football Association of Malaysia) sendiri terdiri daripada Sultan Malaysia. Jadi bagaimana mahu turunkan Sultan?sedangkan jika situasi di Indonesia, Nurdin Khalid hanya rakyat biasa agak sukar untuk diturunkan dari PSSI.

TetapiSultan dan ahli politik di Malaysia sedar akan kehendak rakyatnya yang cintakan bola sepak Malaysia. Justerumeraka telah mengambil langkah bijaksana dan proaktif bagi membawa maruah Harimau Malaya ke peringkat yang lebih tinggi.Hasilnya mereka telah membuat rancangan rapi dan teliti demi pembangunan bola sepak Malaysia.

Usaha dan perancangan rapi

[caption id="attachment_89174" align="aligncenter" width="400" caption="Skuad Malaysia di Slovakia"]

12969151771218529333
12969151771218529333
[/caption]

Malaysia boleh saja membeli atau mengimport pemain bukan warganegara untuk membarisi skuad bola sepak Malaysia seperti telah dilakukan Singapura,Filipina dan Indonesia. Tapi cara itu tidak bagus kerana ia cuma langkah jangka pendek. Justeru FAM telah melarang sama sekali pemain import bermain di liga Malaysia kerana ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia  membuktikan kebolehan mereka sendiri dalam arena bola sepak di peringkat international.

[caption id="attachment_89175" align="aligncenter" width="400" caption="Mahuli beraksi di Liga Slovakia"]

1296915230847549855
1296915230847549855
[/caption]

Menghantar skuad pelapis Harimau Muda yang terdiri daripada pemuda Malaysia bermain di liga Slovakia adalah salah satu tindakan bijak yang diambil FAM.Walaupun kos yang agak tinggi dan mendapat tentangan dari pelbagai pihak tetapi ia sudah membawa hasil yang lumayan serta bersifat jangka panjang. Buktinya terlahirlah beberapa pemain bola sepak handal seperti Muslim Ahmad dan Mahali jasuli yang membantu skuad Harimau Malaya menjadi menjulang Piala AFF Suzuki di Indonesia.

[caption id="attachment_89177" align="aligncenter" width="320" caption="Mental juara tidak peduli siapa lawannya"]

1296915340902502849
1296915340902502849
[/caption]

Selain itu, program menyediakan beberapa skuad pelapis telah berjaya dilaksanakan. Kini Malaysia telah mempunyai 3 skuad pelapis muda yang terdiri daripada pasukan Harimau Muda A(U-23), Harimau Muda B (U-21) dan Harimau Muda C (U-17) yang cuma menunggu giliran untuk mewakili negara Malaysia. Padahal untuk skuad senior Malaysia mempunyaibanyak pilihan keranaramai pemain yang juara Sukan SEA 2009 tempoh hari tidak bermain dengan skuad juara Piala AFF Suzuki 2010.

Sukan Olimpik , Piala Asia dan Piala Dunia

[caption id="attachment_89178" align="aligncenter" width="400" caption="Malaysia u-16 berlatih di Arsenal Academy"]

12969150481162776610
12969150481162776610
[/caption]

Pada 2011, Malaysia telah menaruh harapan untuk layak ke sukan olimpik. Berbekalkan barisan pemain juara Sukan Sea, juara Piala AFF Suzuki dan Harimau Muda.Malaysia telah bersedia menyahut cabaran pada peringkat tertinggi seperti Olimpik dan Piala Asia nanti .Untuk Piala dunia mungkin selepas berjaya memenangi 2 piala berprestij ini. Tapi saya jamin Malaysia akan layak ke Piala Dunia selepas Malaysia berjaya menjadi negara maju 2020.

Sukan Sea Palembang,Indonesia  2011

[caption id="attachment_89173" align="aligncenter" width="288" caption="Tokoh Bola Sepak Malaysia - SuperMokh"]

129691471865377665
129691471865377665
[/caption]

Ketika Alfred Riedlbaru membentuk timnas Indonesia untuk sukan SEA 2011 bulan lepas ,pasukan Malaysia sudah lama bersedia melalui skuad Harimau Muda yang berlatih di Slovakia tahun lepas dijangka tiada masalah memenagi pingat emas bola sepak di Sukan SEA Palembang,Indonesia 2011.

Justeru saya menegaskan lagi kemenangan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2010 dan kejuaraan akan datang adalah hasil titik peluh rakyat Malaysia sendiri dan perancangan teliti FAM bukan hasil suapan mana-mana pihak.

P/s : Isnin ini Safee Sali ( top scorer Piala AFF Suzuki) akan umumkan berita perpindahannya ke Indonesia.Nantikan ya..

Mohon tunggu...

Lihat Konten Olahraga Selengkapnya
Lihat Olahraga Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun