Mohon tunggu...
hz adam
hz adam Mohon Tunggu... -

tulisan kiriman dari semenanjung malaysia

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

Malaysia Curi Sabah

9 Maret 2013   01:57 Diperbarui: 24 Juni 2015   17:06 887
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

salam ketika membuka laman kompasiana saya segera mencari kata kekunci ''Malaysia Sabah'' dan ternyata warga indonesia juga berminat menyuarakan pendapat, dan seperti jangkaan saya kebanyakan penulis kompasiana adalah di level tinggi meski terdapat beberapa yang menulis di dalam emosi. Persoalan pokok yang utama, milik siapakah Sabah? Adakah benar Malaysia mencuri Sabah? Pertamanya saudara harus faham, Sultan Kiram bukanlah sultan sulu yang sah, ini kerana sulu mempunyai sultan yang banyak ! Malahan keluarga Kiram juga sebenarnya mempunyai catitan hitam dalam sejarah sulu apabila sultan mereka membenarkan pembunuhan  para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA seperti yang di tulis di laman blog tausug-global. Malaysia membayar sewa? Pada 1963 sebuah suruhanjaya telah di bentuk di namakan suruhanjaya cobbold. Mereka di tugaskan untuk membanci/mengira peratusan penduduk sabah yang mahu menyertai Malaysia, Indonesia atau Philiphine dan mereka memilih merdeka bersama Malaysia. Itu adalah perkara pertama. Kedua. Kesultanan Sulu sebenarnya bersetuju untuk menerima Cession Money atau wang penyerahan dan bukan sewaan ! ''Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.'' Sepanyol bekas penjajah yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika zaman itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 sekaligus melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat. Di sini kami tersenyum sinis, kenapa baru sekarang? kenapa bukan ketika Sabah ketika susah dahulu? Apa yang mereka mahu? Adakah Kiram mahu menuntut Sabah demi kepentingan dirinya sendiri atau demi Philiphine? Jika dia berkata untuk bangsa sulu beliau silap, kerana tidak semua sulu bersetuju dengan tindakan beliau. Sultan Bantilan sendiri mengarahkan mereka pulang dan tidak mahu bertanggungjawab jika mereka kecelakaan. (sumber gambar : tausug global) Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.(tausug global).

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun