Mohon tunggu...
hz adam
hz adam Mohon Tunggu... -

tulisan kiriman dari semenanjung malaysia

Selanjutnya

Tutup

Sosbud

Permintaan Gaji dan Skop Pembantu Rumah Indonesia Kejut Malaysia

18 Maret 2012   01:14 Diperbarui: 25 Juni 2015   07:54 579
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Saya sempat membelek secara online akhbar-akhbar di negara kesayangan saya ini mengenai beberapa isu semasa, dan menjadi tumpuan pada minggu ini ialah permintaan gaji dan skop kerja pembantu rumah indonesia. Sebelum kebanyakan pembaca memarahi saya dengan kes-kes penderaan ke atas Amah Indonesia biar saya mendedahkan beberapa fakta yang anda harus tahu pertama ,kos membawa masuk seorang Amah menelan belanja hampir RM3000-RM7000 kedua, DEWAN Rakyat semalam(22/6/2011) diberitahu 18,716 pembantu rumah asing melarikan diri daripada majikan mereka dengan 17,205 atau 92.3 peratus dari Indonesia. sumber: http://www.mohr.gov.my ketiga, jumlah gaji sebelum ini juga sememangnya lebih tinggi dari jumlah gaji di negara mereka sendiri Kebanyakan pembaca-pembaca dan rakyat Indonesia begitu marah dengan kes-kes terpencil penderaan amah sehingga mencetus polemik anti-Malaysia, tidakkah anda berfikir rakyat Malaysia akan melakukan perkara sama dengan kes-kes amah mendera anak-anak majikan?, jika ya sudah tentu perang meletus. Anda harus tahu kes-kes penderaan bayi oleh pembantu rumah bukanlah kes asing dalam isu semasa di Malaysia, belum masuk wang di larikan dan pelbagai perkara lagi, tapi adakah kami gunakan alasan itu untuk menilai keseluruhan Indonesia sebegitu? Tindakan Indonesia yang menetapkan gaji serendah RM700 saya kira masuk akal tapi dengan skop tugas iaitu hanya satu kerja adalah mustahil! Ini bermakna seorang amah akan di bayar rm700 sebulan hanya bekerja sebagai tukang basuh baju! adakah ini juga bermakna satu rumah harus mengambil 4 amah? Apapon, agensi pembantu rumah malaysia PAPA antara yang bakal henti ambil amah dari Indonesia, ini bermakna Malaysia juga akan mengalihkan pasaran amah ke negara lain. Apapon implikasinya turut mendatangkan musibah buat Malaysia dengan sudah pasti lebih banyak pendatang tanpa izin memasuki Malaysia, malah mendatangkan kerugian buat kerajaan jika agensi-agensi berkaitan menggunakan cara belakang.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun