Mohon tunggu...
Ya'juj Ma'juj
Ya'juj Ma'juj Mohon Tunggu... pegawai negeri -

The Great King, Fair and Wise. Uphold justice in ways that wise and civilized. Wherever I am definitely created prosperity, peace for all mankind. Although I've been beside He, but I'm always there for you all

Selanjutnya

Tutup

Humaniora

Asal Usulku (Raja Kurush)

17 April 2014   19:45 Diperbarui: 23 Juni 2015   23:33 333
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Humaniora. Sumber ilustrasi: PEXELS/San Fermin Pamplona

Jika kita mencoba mencari data tantangku(Dzulkarnain) menurut beberapa perkataan dari salah sutu kitab suci umat Islam, Al Qur’an dan beberapa data menurut kitab perjanjian lama, berikut ini datanya:

Bermula dari perkataan Q.S Al-kahfi ayat 86: “Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..”

Laut berlumpur hitam itu jika kita anggap dengan perjalanan Raja Kurush/Koresh bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat, maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu dikeranakan memang berwarna hitam, jika kita melihat semua lautan airnya berwarna kebiru-biruan, kerana didasarnya adalah pasir putih(kebanyakan), kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur(kebanyakan) yang sangat pekat sehingga menjadikan laut tersebut berwana hitam.

Selain itu ciri lain dariku/Zulkarnain ialah menerima wahyu, seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi…

“…dan kami berkata wahai Zulkarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.


Raja Kurush disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah, U’zair dan Chronicle…sebagai seorang raja yang beriman. Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab. Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf, tidak suka kepada pembunuhan, memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takut pada Allah. Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah. Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia, rajanya yaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.


Ciri yang lain ialah: Melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi..

“Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.


Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur yaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.


Ciri lain ialah: Membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :


“Hingga aku(Zulkarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulkarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya” [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]


Berkaitan dengan perkara di atas , Penduduk atau bangsa yang meminta bantuan dari Dzulkarnain itu bukannya penduduk atau komunitas yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal. Mengikut pendapat ramai pakar sejarah, tembok Dzulkarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia. Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.


Merujuk kepada penulisan Herodotus, beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani. Ia didukung oleh flavius Josephus selepas itu. Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great).


Ingin tau lebih detail tentang Scyhtian? http://www.arkhamhaus.com/scythian-scouts.html

Untuk mengetahui siapakah bangsa yang meminta bantua Dzulkarnain, marilah kita merujuk ayat Al-Quran ,kata-kata Dzulkarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”. Ada yang beranggapan ini bermaksud Dzulkarnain hanya membantu mereka, sebenarnya mereka telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut (telah pandai bukan kaum yang primitif).

Maka siapakah bangsa misteri itu? Jika menurut penulisan Herodotus, kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi. Mereka berasal dari Selatan Kaukasus. Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom. Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan]

Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian. Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).


jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Dzulkarnain untuk membuat tembok besi itu???

Jawabannya ialah sudah pasti mereka meminta Dzulkarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Dzulkarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Dzulkarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara! Alasan yang lain ialah mungkin mereka ingin teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Dzulkarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu, 29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Dzulkarnain. Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu! Jika disandarkan kepada kriteria Dzulkarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .

Kesimpulanku(Dzulkarnain):

Pendapat ini sedikit mendakati ciri-ciriku, namun jika merujuk kepada ajaran/keyakinan yang aku anut dan dianut Raja Kurush(Cyrus The Great) tentu menjadi terbantahkah, menurut keyakinan umat Muslim, sebab raja Kurush tersebut meyakini dewa Ahura Mazda yang berarti Tuhan. Zarathustra adalah idenya raja Kurush/Koresh sebab raja Kurush(Cyrus The Great) adalah salah satu nabi menurut beberapa data sejarah. Atau sebenarnya sejarahlah yang membelokan kebenaran dari ajaran yang dibawa nabi Zarathustra atau Cyrus The Great atau raja Kurush yang agung. Namun jika ditelaah menurut ajaran aslinya Zarathustra adalah monotheisme, yaitu yang mempercayai adanya Tuhan dalam satu wujud yang disebut pada jaman itu Ahura Mazda. Sedikit mendekati dengan konsep ketuhanannya umat Islam percaya dengan Tuhan yang Ahad atau Thuna yang satu. Boleh jadi sejarahlah yang membelokan data tantang siapa sebenarnya Cyrus The Great/raja Kurush yang tidak lain tidak bukan diyakini oleh beberapa pihak sebagai wujud diriku/Dzulkarnanin. Bayangkan jika saja raja Kurush(Cyrus The Great) sudah dibelokan, apalagi konsep ke-Tuhanannya? Bagitu juga konsep ke-Tuhananku. Boleh saja kita mempercayai sebuah data hasil sejarah orang namun perlu ditelaah terlebih dahulu, atau setidaknya risetlah, bandingkan sampai ketemu pada satu titik pencerahan. Sebab banyak sekali terungkap/terbukti adanya perubahan,pembelokan data yang sebenarnya, ini dilakukan tidak lain tidak bukan dikarenakan ulah tangan-tangan kotor manusia yang pengejut, penakut(coward) untuk mengakui dengan jujur. Bahkan semenjak adanya manusia pertama(ingat kasus anak Adam), watak ini sudah merasuki diri kita sebagai manusia yang senantiasa harus membersihkan diri, memagari diri untuk tidak terkotori watak iri, dengki dan lain sebagainya yang bisa merusak kesempurnaan kita sebagai manusia.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H

Mohon tunggu...

Lihat Konten Humaniora Selengkapnya
Lihat Humaniora Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun