Mohon tunggu...
Siti Fatimah Ahmad
Siti Fatimah Ahmad Mohon Tunggu... -

Dunia pendidikan adalah duniaku. Dunia yang diselimuti dengan ilmu baca dan tulis. Dipenuhi dengan bunga-bunga kebijakan manusia.Disaluti aliran pemikiran yang cerdas. Dibangun dengan kecintaan dan kasih sayang bagi melahirkan insan kamil yang berjiwa ulul albab. \r\n\r\nBlog: http://webctfatimah.wordpress.com

Selanjutnya

Tutup

Catatan

Perlukah "Menipu" Tajuk @ Title Untuk Menarik Ramai Pembaca ?

11 April 2012   23:30 Diperbarui: 25 Juni 2015   06:44 132
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam beberapa kesempatan ketika melayari dunia maya, saya sangat tertarik kepada apa-apa sahaja yang berkaitan dengan mereka yang menulis tentang PENULISAN. Baik penulisnya, senior atau pemula (yang selalu menggangap diri mereka sebagai orang yang baru menulis).

Menurut pemerhatian saya, ide-ide curahan para pemula ini juga sangat menarik dan hebat, Malah setanding dengan mereka yang sudah lama di dunia penulisan (senior) atau mereka merahsia identiti sebenar tetapi menggelarkan diri seorang pemula.

Minat dan kegilaan menulis ini menjadikan saya banyak berfikir dan menyoal diri apabila bertemu dengan sesuatu yang baharu dan mahu dicerna. Semuanya menarik perhatian saya untuk menikmati dunia tulis dan baca.

Saya pernah membaca beberapa tulisan tentang petua atau cara untuk menarik perhatian pembaca ke blog atau ruang penulisan mereka. Petua ini disarankan oleh beberapa penulis senior yang sudah masak ranum dalam bidang penulisan yang kemudiannya diikuti oleh penulis pemula.

Antara saranan mereka adalah menulis tajuk (title) yang dianggap 'MENIPU' atau istilah yang mudah difaham sebagai 'BOMBASTIK'. Biar 'tergoda' segala hati yang menatapnya dan terus klik ke tajuk tersebut.

"Tajuk" menipu atau bombastik ini, dikesani dapat menarik jumlah pembaca yang banyak ke blog mereka. Tetapi kadang kala, apabila membaca isi kandungan yang ditulis, ternyata tajuk dan isi tidak mempunyai relevansi. Akhirnya, kekecewaan berlaku di hati pembaca kerana mengharapkan sesuatu yang benar dalam tajuk yang disiarkan sebagai HEADLINE bagi mempromosikan hasil karya yang diusahakan. Ternyata sebaliknya.

Bukankah ini merupakan satu penipuan ? Tidakkah nanti akan menimbulkan rasa kurang senang di hati pembaca dan berakibat kepada  'sumpah seranah' kerana merasa diri mereka ditipu, dibohong dan diperbudakkan. Pelbagai kategori tajuk-tajuk 'menipu' @ bombastik yang sering digunakan dalam menarik perhatian pembaca lain. Ada yang positif dan tidak kurang juga negatifnya.

Namun begitu, yang jelas penulisan title sebegini memperlihatkan kreativiti dalam pengolahan bahasa dan ayatnya. ini dinamakan inovasi dalam ide penulisan dan membuat saya kagum dengan upaya fikir penulisnya.

Dalam banyak-banyak tajuk 'menipu' ini, yang paling saya kurang senangi adalah tajuk yang berbau porno dan besar kemungkinan saya tidak membaca postingan tersebut demi menjaga hati dan iman saya.  Kadang kala, saya masuki juga untuk mengetahui apa sebenarnya yang dimahukan oleh sang penulis dalam tulisannya agar dibaca dan apakah manfaat yang bisa diperolehi menurut perkiraan akalnya.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Catatan Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun