Mohon tunggu...
Bart Mohamad
Bart Mohamad Mohon Tunggu... pelajar/mahasiswa -

Seorang 'backpacker' yang berkelana di bumi Eropa

Selanjutnya

Tutup

Travel Story

Dimana London Bridge yang Sebenar?

9 Mei 2011   16:07 Diperbarui: 26 Juni 2015   05:54 2000
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.
Lihat foto
Karier. Sumber ilustrasi: FREEPIK/Freepik

[caption id="attachment_108253" align="aligncenter" width="648" caption="yang ini ialah Tower Bridge.. bukan London Bridge. (Foto: BM)"][/caption] [caption id="attachment_108264" align="alignright" width="240" caption="Papan tanda di hadapan Tower Bridge (Foto: BM)"][/caption] Lagu 'London Bridge is falling down' sudah biasa kita dengar sejak kecil lagi. Saya juga sejak kecil bercita-cita mahu ke London untuk melihat London Bridge yang runtuh itu. Oleh itu tidak hairanlah mengapa setiap orang yang datang ke London akan menjadikan London Bridge sebagai destinasi wajib untuk berfoto. Tetapi adakah mereka benar-benar sampai ke London Bridge? Sebenarnya kebanyakkan pelancong hanya berkunjung ke Tower Bridge dan bukannnya London Bridge. Jadi, dimana sebenarnya London Bridge? [caption id="attachment_108257" align="alignleft" width="270" caption="Tugu kecil di hadapan London Bridge (Foto: BM)"][/caption] London Bridge terletak  lebih kurang 1 batu atau 18 minit berjalan kaki dari Tower Bridge. Bagi pengunjung yang ingin ke London Bridge boleh menaiki 'tube' Northern Line dari King Cross ke Tooting Broadway dan berhenti di Tube Station London Bridge.  200 meter dari stesen London Bridge anda akan menemui London Bridge yang sebenar. London Bridge hanyalah sebuah jambatan biasa yang merentasi Sungai Thames dan tiada apa yang menarik tentang jambatan ini. Cuma ada tugu kecil di hadapan jambatan itu tertulis 'London Bridge'. Dari London Bridge, anda boleh menyusur laluan di tepi Sungai Thames ke Tower Bridge. Tower Bridge adalah jambatan paling terkenal dai London malah diseluruh dunia dan menjadi antara ikon kota London selain Big Ben, Westminister, Trafalgar Square dan London Eye.  Orang ramai sering terkeliru dan menganggap Tower Bridge ialah London Bridge. Tower Bridge terletak berdekatan dengan Tower of London iaitu salah satu lagi tempat yang harus dikunjungi di kota London. Tower of London selain berfungsi sebagai kota pertahanan suatu masa dulu, ia juga berfungsi sebagai tempat menyimpan 'Crown Jewels of United Kingdom' seperti mahkota ratu dan lain-lain kebesaran keluarga diraja United Kingdom. Dua perkhidmatan 'tube' boleh digunakan untuk kesini iaitu 'District Line' dan 'Circle Line' dan ada harus turun di 'Tube Station Tower Hill'. Jadi, sekiranya anda ingin berkunjung ke kota London pastikan anda melawat London Bridge yang sebenar. Bagi yang sudah ke London tetapi tidak ke London Bridge, anda mempunyai alasan untuk datang sekali lagi. [caption id="attachment_108259" align="aligncenter" width="648" caption="Inilah London Bridge yang sebenar"][/caption] [caption id="attachment_108260" align="aligncenter" width="648" caption="Tower of London tempat menyimpan "][/caption] [caption id="attachment_108261" align="alignleft" width="240" caption="London Bridge Tube Station (Foto: BM)"][/caption] [caption id="attachment_108262" align="alignleft" width="270" caption="Platform di tube station, London. (Foto: BM)"][/caption]

Mohon tunggu...

Lihat Konten Travel Story Selengkapnya
Lihat Travel Story Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun