Lihat ke Halaman Asli

Sayang Laksamana Mati Di Bunuh

Diperbarui: 24 Juni 2015   17:29

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

1362130740671707659

[caption id="attachment_239505" align="aligncenter" width="640" caption="johor/www.flickr.com "][/caption] Sayang laksamana mati dibunuh Mati dibunuh datuk menteri Sayang laksamana mati dibunuh Aduhailah sayang Mati dibunuh datuk menteri Tuan umpama minyak yang penuh Sedikit pun tidak melimpah lagi Tuan umpama minyak yang penuh Aduhailah sayang Sedikit pun tidak melimpah lagi Sayang laksamana mati dibunuh Mati dibunuh datuk panglima Sayang laksamana mati dibunuh Aduhailah sayang Mati dibunuh datuk panglima Bukan tanaman tak mahu tumbuh Laksamana sayang Kiranya bumi tak menerima Bukan tanaman tak mahu tumbuh Aduhailah sayang Kiranya bumi tak menerima ***************************************************************************

cikgumarjana.blogspot.com Kisah ini dilantunkan oleh penyanyi Datok Siti Nurhaliza dengan baik,kisah tentang dendam Seorang prajurit yang istrinya mati dibunuh oleh Sang Raja hanya gara-gara sedang hamil besar dan ngidam minta buah nangka yang niatnya diperuntukkan untuk sang baginda raja. Sudah capai-capai Sang Laksamana ditugaskan oleh sang baginda raja untuk menumpas Bajak laut di Selat Johor-Malaysia.tidak tahunya setelah pulang kerumah dijumpainya sang Istri sudah mati terbunuh gara-gara mengidam makan buah nangka yang ternyata milik sang baginda raja. Akhirnya setelah itu membuat Sang laksamana balas dendam dan membunuh sang baginda. Ceritanya sedih dan tragedi banget,tapi  lagu ini di bawakan dengan baik oleh Siti Nurhaliza disini : http://www.youtube.com/watch?v=FMQl3A3Or1w Kisah lengkapnya saya nukilkan dibawah ini. Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II. Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana. Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh. Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba. ************************************************************************************************ Pelajaran bagi kita agar menjadi manusia tidak tamak dan dengki,walau bawahan jika sudah harga dirinya injak-injak bisa membuat perhitungan dan berbalik menjadi duri dalam daging.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline