Lihat ke Halaman Asli

Bob Tutupoly Nyanyi Lagi di Malaysia

Diperbarui: 26 Juni 2015   12:56

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

http://2.bp.blogspot.com/_PSXm1ikY3tQ/SNy4xRVufiI/AAAAAAAACO8/u9bYwS0YuC8/s400/bob.jpg

Gambar jadul dari Google Penyayi Legendaris Bob Tutupoly yang sangat terkenal di Malaysia sejak tahun 1960an, kembali menyemarakkan Malaysia tadi malam dalam acara peringatan 50 tahun terselenggaranya  Hubungan Diplomatik Indonesia - Malaysia yang dihadiri juga oleh Wakil Perdana Menteri Malaysia. Ibarat pepatah air dicincang tak akan putus, demikian kata  Wakil PM Malaysia  menggambarkan tentang hubungan Indonesia Malaysia yang tak akan pernah putus pada Utusan Malaysia Kemarin. Meminjam Kata2 "air dicincang tak akan putus"  yang ada pada salah satu syair lagu Bob, Wakil PM itu mengumpamakannya dengan Hubungan Indonesia Mal;aysia, seperti kekasih yang sedang dilanda asmara, yang tak akan ada yang mampu menghalanginya ataupun mengganggunya. Wakil PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, permuafakatan dan keteguhan hubungan di antara Malaysia dan Indonesia tidak akan dapat diganggu gugat oleh  pihak manapun  dengan  cara apapun. Wakil Perdana Menteri berkata, ini karena barisan kpeemimpinan kedua-dua negara sentiasa bersepakat dalam menangani segala isu yang timbul dengan segera dan harmoni. "Bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus, begitulah saya gambarkan ikatan dua buah negara serumpun ini yang telah terjalin sekian lama dan tidak akan terhenti meskipun sesekali terjadi suasana kusut yang menyukarkan. "Perkara yang boleh mengakibatkan suasana kurang mesra perlu sentiasa diperhalusi dan diambil iktibar agar ia tidak menyentuh sebarang sensitiviti masyarakat demi menjaga keharmonian hubungan kedua-dua negara," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Amal dan Persembahan Primadona Nusantara dalam rangka memperingati 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) tadi malam. Hadir sama Pengasas YKK, Tan Sri Annuar Musa merangkap Setiausaha Agung (Sekretaris Umum) Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia dan Wakil  Setiausaha Agung Lembaga Persahabatan Indonesia-Malaysia (Prima), Chairul Anhar. Majlis itu diserikan dengan persembahan artis terkemuka seperti Jamal Abdillah dari Malaysia dan juga Bob Tutupoly dari Indonesia. Muhyiddin seterusnya berkata, segala  bentuk ketegangan yang timbul di antara kedua-dua negara perlu dirangkai secara muhibah melalui rundingan dua hala demi menjaga hubungan baik yang wujud selama ini. "Justeru, Kerajaan Malaysia akan sentiasa mengambil inisiatif untuk mengekalkan keharmonian dan kerjasama dua arah yang akrab serta strategik dalam pelbagai bidang yang memberi nilai tambah kepada kedua-dua negara," ujarnya. Sehubungan itu, Wakil Perdana Menteri mengingatkan para penggiat  media termasuk daripada kalangan penulis blog supaya sentiasa menggunakan perkembangan teknologi secara sehat dalam memberikan gambaran baik dan tepat di antara kedua-dua negara.




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline