Dua insan menanti perjumpaan
Dua insan mengakui perasaan
Dua insan membulati perjanjian
Dua insan mengamini perakadan
Dalam jumpa terukir kesan
Dalam rasa terajut pesan
Dalam janji terpatri ikatan
Dalam akad tertanam nama Tuhan
Perjumpaan menumbuhkan perasaan
Perjanjian mengantarkan perakadan