Tahajud Cinta
Dalam kesunyian malam bercadar hitam
Kau bangunkan aku dari lelapnya mimpi-mimpi dunia
Menuntun, ‘tuk tinggalkan gemerlap lelampu fatamorgana
Adalah di atas altar sajadah, kupersembahkan sujud sahaja: tawajuh
Bibir membasah – merapal istighfar seakan enggan berhenti
Terbayang akan kelamnya silam nian suram, kian menyayat diri
Hingga ‘ku tersuruk dalam lembah nestapa
Butiran air mata berlinang, sebuah tanya menghunjam minda