Lihat ke Halaman Asli

Taktik Pengusaha Bas Malaysia, Transnasional?? Benarkah Taktik??

Diperbarui: 25 Juni 2015   22:23

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Bagikan ide kreativitasmu dalam bentuk konten di Kompasiana | Sumber gambar: Freepik

[caption id="attachment_148462" align="aligncenter" width="300" caption="Bas(bis)Transnasional"][/caption] Sumber : Rancangan Television Malaysia Hari Ini Tarikh : 13 Disember 2011 Menurut sumber,perkhidmatan bas(bis) Transnasional dijangka akan ditamatkan kerana mengalami kerugian(loss).. Host rancangan tersebut telah menelefon Dato' Dr Ma'amor Osman(Persatuan Pengguna Islam Malaysia)untuk mendapatkan pandangannya(opininya)mengenai apa yang perlu dilakukan..beliau mengatakan bahawa pemerintah harus memberikan subsidi atau mengambil alih syarikat bas(bis)tersebut.. Hello,bas Transnasional adalah antara bas(bis)ekspress yang terkenal diMalaysia,sedangkan bas(bis)yang tidak terkenal diMalaysia pun tidak mengalami kerugian sebegini,bagaimana pula bas(bis)Transnasional boleh mengalami kerugian yang memaksa perkhidmatannya ditamatkan? Mungkin ada masalah dalaman ya?kalau ada masalah dalaman sahaja haruskah keputusan begini dilakukan?mana semangat keusahawanan kalian?mana sikap professional kalian?atau ini adalah taktik sahaja?taktik untuk mendapatkan perhatian pemerintah dan mengurangkan beban kalian?atau wang(uang)untuk membayar pekerja-pekerja sudah dihabiskan yang tertentu sehingga memaksa kalian melakukan taktik ini?oh,INI HANYALAH ANDAIAN SEMATA-MATA..yang tahu perkara sebenar hanyalah mereka yang terbabit.. Alahai dunia,adat lumrah bisnes ada yang untung,ada yang rugi..pengusaha-pengusaha bas(bis)yang lain pun pernah mengalami masalah yang sama..kalaupun perkhidmatan Transnasional mengalami kerugian,yang namanya pengusaha tentulah ada alternatif lain untuk mencari wang(uang)..pengusaha harus berusaha..inilah yang terjadi apabila sudah terbiasa dengan subsidi..tidak boleh langsung mandiri..semuanya mahu dibantu.. Kalaulah penyelesaiannya hanya dengan memberikan subsidi atau meminta pemerintah mengambil alih syarikat pengusaha,tidak dapat dibayangkan jika semua pengusaha-pengusaha bas(bis)diMalaysia mengalami kerugian,berapa banyakkah wang yang harus ditabur pemerintah untuk mereka semua(pengusaha bas/bis)? Lebih baik pemerintah memberi pinjaman wang kepada pengusaha bas(bis)Transnasional kerana pinjaman juga adalah satu bentuk bantuan..pemerintah juga tidak akan rugi besar..begitu juga rakyat..jika subsidi digalakkan,sifat kebergantungan dan pemalas pengusaha akan menjadi-jadi..tabah lah sedikit..langit tidak selalu cerah..inilah asam garam kehidupan.. Perlu diingat juga,ada hal-hal yang lebih penting yang lebih memerlukan subsidi pemerintah termasuk sekolah-sekolah dan hospital-hospital berbanding hanya bas(bis)Transnasional..tanpa subsidi untuk sekolah-sekolah,akan ramai anak-anak masa depan Malaysia keciciran dan buta huruf..tanpa subsidi hospital-hospital,akan ramai pesakit-pesakit yang tidak terawat..tetapi tanpa perkhidmatan bas(bis)yang putus asa ini,ada bas(bis)lain,ada KTM,teksi dan sebagainya..tanpa perkhidmatan bas(bis)ini,nasib pekerja-pekerjanya belum tentu gelap..jika bekerja dibawah pengusaha begini,belum tentu nasib pekerja-pekerja akan cerah dan terjamin..

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline