Lihat ke Halaman Asli

Amah Mati Dihentak Objek Tumpul

Diperbarui: 26 Juni 2015   18:17

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Sosbud. Sumber ilustrasi: KOMPAS.com/Pesona Indonesia

Amah mati dihentak objek tumpul

Oleh Badrul Hizar Ab Jabar bhizar@bharian.com.my

SUSPEK kes kematian pembantu rumah Indonesia dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka, semalam. Bedah siasat temui kesan kecederaan di perut, dada MELAKA: Laporan bedah siasat terhadap mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang meninggal dunia Khamis lalu, mendapati kematiannya berpunca daripada kesan 'blunt trauma' atau kecederaan disebabkan oleh hentakan objek tumpul. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehudin Abd Rahman, berkata laporan bedah siasat diterima daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati kesan kecederaan itu ditemui doktor pakar patologi pada perut dan dada mangsa. Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu selain enam individu turut ditahan bagi membantu siasatan. "Mangsa dalam kejadian ini dikenali Nurul Aida berusia 31 tahun dan berasal dari Bogak, Indonesia, manakala siasatan awal mendapati, beliau masuk ke negara ini untuk bekerja sebagai pembantu rumah secara sah, namun pasportnya sudah tamat tempoh sejak tahun lalu. "Polis juga sudah mendapat perintah tahanan reman terhadap enam individu berkenaan masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 26 hingga 64 tahun pagi semalam," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mengulas lanjut, Salehuddin berkata, semua suspek ditahan membabitkan majikan (suami isteri), dan anak lelaki mereka, ejen dan rakannya serta pemandu teksi yang juga kenalan majikan. "Kita sedang menyiasat kes ini daripada pelbagai aspek sama ada mengenai kemungkinan mangsa didera dan sebagainya," katanya. Sementara itu, keenam-enam suspek berkenaan dibawa menaiki trak polis ke perkarangan Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Dalam perkembangan berkaitan, jiran mangsa, Azman Zainal Abidin, 58, ketika ditemui berkata, beliau terkejut dan tidak menyangka perkara itu berlaku kepada kenalan rapatnya yang dikenali sejak 30 tahun lalu. Katanya, sebelum ini beliau dan rakan yang lain saling menziarahi ke rumah kenalannya itu dan hubungan mereka juga adalah baik. "Saya tidak pernah melihat atau mendengar mengenai sebarang kejadian pembantu rumah rakan saya itu didera," katanya. "Setahu saya, pasangan suami isteri ini berniaga kedai runcit di pusat bandar manakala isterinya pengusaha kantin di Kolej Manipal. Anak lelaki mereka pula sedang bercuti dari belajar di luar negara," katanya. Dalam kejadian Khamis lalu, pembantu rumah berkenaan yang bekerja di rumah majikannya di Jalan Mawar 6, Taman Peringgit Jaya dekat sini, mati dipercayai didera ketika dibawa ejen pembantu rumah itu ke HKL untuk mendapatkan rawatan. sumber dari [URL=http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20100123234629/Article/]Berita Harian[/URL]




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline