Lihat ke Halaman Asli

Cardiff City membawa Semangat Malaysia

Diperbarui: 25 Juni 2015   08:46

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Pertandingan sepakbola final carling cup antara cardiff city vs liverpool telah pun berakhir dengan kejayaan berpihak kepada liverpool dengan tendangan penalti. Namun begitu peminat cardiff city masih menganggap tim mereka sebenrnya yang juara kerna dari permulaan pertandingan lagi tim mereka telah menunjukan semangat juang yang kental walaupun mereka terpaksa menerima kekalahan tersebut kerna lawan mereka adalah  salah satu klab terhebat di dunia.. Keghairahan mereka memberi sokongan kepada cardiff city, mereka juga tidak lupa peranan malaysia dalam memaju dan menaikan lagi imej klab tersebut di persada sepakbola dunia. perlawanan akhir yang begitu dramatik, dapat menyelami betapa penyokong Cardiff berterima kasih kepada Malaysia dan pengerusi kelab, Datuk Chan Tien Ghee kerana menjulang kelab mereka mara ke perlawanan akhir Piala Liga.

Perlawanan antara dua klab tersebut boleh di ibaratkan sebagai mewakili timnas masing-masing dimana liverpool mewakili england manakala cardiff city pula mewakili wales. Situasi sebegini sudah tentu menerbitkan sentimen nasional yang teguh bukan saja di kalangan pemain tetapi juga penyokong-penyokong klab itu sendiri. Rasa terima kasih penyokong Cardiff terserlah kerana mereka begitu bangga menyarung jersi kelab mereka yang tertera nama Malaysia. Malah, nama Malaysia turut dilaung kuat oleh ribuan penyokong Cardiff setiap kali mereka bersorak dalam laga final tersebut. Penyokong Cardiff amat berharap sentuhan Malaysia dapat menjulang kelab itu memasuki era baru dengan sasaran terdekat ialah layak ke Liga Perdana England musim depan. Cardiff sudah lama dahagakan kejayaan selepas era gemilang mereka sudah lama berlalu iaitu memenangi Piala FA pada 1927.

Selain nama Malaysia, nama Tien Ghee sebagai owner klab ini juga sering menjadi sebutan di kalangan penyokong Cardiff, malah beliau merupakan antara wajah yang cukup dikenali di bandar raya Cardiff. Ini terbukti apabila beliau menjadi tumpuan setiap kali muncul dikhalayak umum, pasti ada penyokong Cardiff yang menyapa dan bersalaman dengan beliau. Tien Ghee umpama selebriti di Cardiff. Bendera Malaysia juga turut berkibar di tengah-tengah ribuan penyokong Cardiff  dan terdapat juga sebahagian pelajar-pelajar Malaysia yang juga menyaksikan laga final pada malam tersebut. Debaran yang dirasai penyokong Cardiff turut dirasai rakyat Malaysia di sepanjang perlawanan akhir Piala Liga itu kerana mereka menyifatkan Cardiff adalah sebahagian daripada Malaysia

Vincent Tan (kiri) dan Ghan Tien Ghee (kanan) bersama mantan pengurus Cardiff, Dave Jones



BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline