Lihat ke Halaman Asli

Catatan Langsung dari Stadium Bukit Jalil Semalam

Diperbarui: 24 Juni 2015   20:19

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

13544656731637924646

ya ,kegagalan Harimau Malaya mencatat kemenangan terhadap singapura ketika match pertama menyebabkan kami memerlukan kemenangan terhadap pasukan Indonesia. Tiada pilihan lain. Aku langsung menuju ke stadion bukit jalil, pada seawal jam 12 tengah hari. Menaiki LRT dari universiti malaya. Mengambil masa kira-kira 1 jam. Cuaca mula mendung dan akhirnya hujan turun. Aku bersatu bersama 2 lagi rakanku yang datang jauh dari Pahang, semata-mata mahu menonton el-clasico asean ini. Pertembungan ini paling di nanti  kerana ianya perlawanan hidup mati Malaysia. Kami sampai awal dalam jam 2 petang ,makan dan melawat sekitar stadium yang menempatkan pelbagai gerai yang juga menjual jersi indonesia. sejujurnya harus di akui jersi home dan away indonesia jauh lebih cantik dari malaysia. Nike makin menghampakan ! keadaan ketika petang

menuju Asar kami beristirehat  musolla. semakin ramai memenuhi stadion. sesekali berlaku kekecohan, malangnya saya tidak dapat melihat secara jelas apa yang berlaku. Pintu stadion di buka seawal jam 7 petang, stadium mula penuh. Saya tidak pernah menyangkakan kerusi di stadium bukit jalil yang mampu menyediakan hampir 100 000 penonton sudah habis, sehingga penonton terpaksa duduk di tangga dan di hadapan pagar besi. itulah atmosfera ketika menentang indonesia. pelbagai banner di pasang. di belah malaysia yang paling menarik ialah ayat ''busuk-busuk pahlawanku'' indonesia tidak kurang hebatnya, menebarkan banner gergasi Forza Indonesia.buat makluman anda, hanya 15 000 tiket di sediakan buat peminat indonesia yang berkedudukan di belakang gawang. berjaya menemui tempat duduk terbaik ,kami mula berdebar menunggu aksi sepak mula. beberapa kesilapan awal malaysia hampir memboloskan gawang kami. antara catatan lain semalam : -saya tidak pasti ada pergaduhan atau tidak, tapi dari apa yang rakan saya bagitahu, sememangnya terdapat peminat yang bertekak . -penyokong paling extreme Malaysia, iaitu ULTRAS MALAYA, menebarkan beberapa banner gergasi

-penyokong indonesia memenuhi ruangan kawasan mereka -ketika nyanyian lagu indonesia raya, terdapat penyokong malaysia yang cuba mengeboo..namun di halang peminat lain dengan isyarat shhh, termasuk seorang brother di sebelah saya, nyanyian lagu indonesia berlangsung aman. -tahukah anda siapa beliau? beliau ialah menpora malaysia, shabery chek yang berada di kawasan ultras -terdapat sepasang pasangan yang menarik perhatian saya kerana si lelaki nya memaki jersi indonesia dan si perempuannya memakai jersi malaysia sambil berpeganngang tangan, dengarnya mereka pasangan suami isteri berbeza negara ,tetapi mereka menyokong dari kawasan penyokong malaysia. -rakan saya juga sempat membeli t-shirt garuda berharga rm20 -semangat kesukanan yang tinggi sebenarnya di pamerkan di sebalik laporan negative sesetengah pihak media -agak pelik, kerana penyokong indonesia terlalu awal menebarkan bendera gergasi mereka, akibatnya ianya berpusing-pusing di kawasan penonton, dan akhirnya seperti kerunyuk. mereka sepatutnya lebih sensitif menjaga bendera itu, seperti ultras, mereka hanya menebarkan bendera gergasi ketika nyanyian negaraku sahaja sebelum kembali .

-ketika menuju minit ke 80 ,penonton indonesia mula beredar ..apa yang menghampakan ialah mereka mula membaling botol ke kawasan padang. penyokong malaysia memprovokasi dengan melaungkan ''balik..balik''..ultras malaya meneruskan dengan chant ''kesian dia..kesian dia'' -ketika balik, terdapat 2 orang yang berpakaian jersi malaysia di pintu keluar ke jalan besar, apa yang beliau lakukan ialah memprovokasi. Menari, mengejek, peminat-peminat indonesia yang lalu lalang. detik hatiku ,jika berlaku perkelahian, beliaulah yang akan saya tumbuk ! tidak pasti apakah niatnya mahu menimbulkan kekacauan, yang pasti peminat indonesia hanya jalan dan senyum sinis.. -keadaan balik sangat sesak namun akhirnya berjaya sampai POINT SAYA DI SINI, PROVOKASI ITU TETAP ADA DI MANA2 PERTANDINGAN, CUMA YANG BERBEDA IALAH SEJAUH MANA KITA BERJAYA MENGAWALNYA salam jumpa lagi di edisi akan datang, doakan kami berjaya, sekian sumber gambar : info sukan olimpik malaysia, dunia soccer

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline