Lihat ke Halaman Asli

Legoland Malaysia - Malaysia's 1st International Theme Park

Diperbarui: 25 Juni 2015   09:20

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

133018671462007781

Legoland Malaysia menepati jadual bagi pembukaannya suku keempat 2012 di Iskandar Malaysia, Johor. Dalam satu kenyataan hari ini, Legoland Malaysia mengumumkan pemasangan kerangka keluli bagi ujian landasan permainan ikonnya iaitu ”roller coaster” yang diberi nama Lego Technic, dan penjualan pas tahunan. Bagi suatu tempoh yang terhad, Legoland Malaysia menawarkan pas tahunan pra pembukaan pada harga RM195 bagi orang dewasa (harga biasa RM275) dan RM150 bagi kanak-kanak (harga biasa RM210). Pas masuk berharga RM140 bagi orang dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak, manakala pemegang MyKad (warganegara Malaysia) mendapat rebat RM30 di pintu masuk. [caption id="attachment_173480" align="alignnone" width="454" caption="Welcome to Legoland Malaysia"]

13301858991509273240

[/caption]

13301917001333594776

1330186014414152015

1330191354990026229

1330186110789779013

Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia Pasifik dan yang keenam di dunia dan akan dibuka kepada umum pada suku keempat tahun ini disasarkan menerima sehingga sejuta pengunjung pada tahun pertama operasinya. Taman tema seluas 31 hektar itu bakal menawarkan keseronokan secara interaktif bukan saja untuk kanak-kanak berusia di antara dua hingga 12 tahun, malah untuk seluruh keluarga.

13301861521400319935

1330186205763579071

Seperti Legoland lain di Jerman, United Kingdom, Denmark dan Amerika Syarikat, Legoland Malaysia dibina berdasarkan keunikan dan ciri-ciri tersendiri Malaysia, khususnya pada kawasan Miniland yang akan menampilkan replika bangunan terkenal Malaysia menggunakan lego termasuk Menara Berkembar Petronas. Menara itu yang akan di bina setinggi sembilan meter adalah binaan berasaskan lego tertinggi di dunia, mengatasi binaan di empat Legoland lain.

13301907051619085095

1330190739297986841

13301908311955431607

Dibangunkan hasil kerjasama dengan Merlin Entertainment iaitu pengusaha taman tema kedua terbesar di dunia selepas Walt Disney, Legoland Malaysia yang memiliki nilai pembangunan kasar RM720 juta diyakini mampu menambah kedatangan pelancong ke Johor khususnya, dan tidak lagi hanya menjadikan negeri itu sebagai persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura. Dikhabarkan sejumlah 7000 pas tahunan untuk pra pembukaan sudah dibeli di mana 35% dari jumlah itu telah dibeli oleh warga Singapura. Untuk maklumat lanjut & tempahan tiket bleh layari  http://www.legoland.com.my



BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline