Lihat ke Halaman Asli

Malaysia Tidak Takut dengan Tabung Gas Elpigi 3kg

Diperbarui: 26 Juni 2015   08:33

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Tabung Gas LPG Petronas

[caption id="" align="alignnone" width="205" caption="Tabung Gas LPG Petronas"][/caption] Ketika final sepak bola piala Suzuki-AFF penghujung tahun lepas antara Malaysia vs Indonesia, saya sering keliru dengan 'ugutan' fans Indonesia yang akan menggunakan tabung gas elpigi (LPG) 3kg terhadap penyokong Malaysia. Saya fikir, apa yang hendak ditakutkan dengan tabung gas LPG? Ini kerana di Malaysia, kita tahu tabung gas (sini disebut tong gas) sangat meluas digunakan sehari-hari di mana-mana saja. Cuma kalau di sini cuma biasa nampak tabung gas 14kg di rumah dan tabung gas 50kg yang digunakan di restoran/kedai makan. Apabila saya kaji balik mengenainya dan buat rujukan di internet dan juga di Kompasiana ini, baru saya tahu bahawa tabung gas LPG 3kg baru diperkenalkan di Indonesia dan banyak berlaku letupan tabung gas ini. Saya duga letupan ini berlaku paling utama kerana penggunanya tidak mematuhi prosedur keselamatan asas penggunaan tabung gas LPG. Soal kualiti tidak mungkin lebih serius berbanding ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan. Ketika tabung gas diperkenalkan di Malaysia (seingat saya di penghujung tahun 70an dan awal 80an) dahulu, pihak pemerintah sering menyiarkan iklan pemberitahuan langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi ketika menggunakan tabung gas. Ini termasuk cara mengesan kebocoran tabung/paip gas. Ianya dilakukan berterusan hingga ke tahun 90an oleh pemerintah. Walaupun masih ada kejadian tabung gas meletup di Malaysia, ianya sangat sedikit dan majoriti disebabkan kecuaian pengguna sendiri. Kualiti tabung gas sangat jarang dipertikai oleh rakyat Malaysia. Ini kerana ianya telah dibuktikan sangat kukuh buatannya melalui demonstrasi menjatuhkan tabung gas (berisi gas) dari tempat tinggi dan ianya tidak meletup. Pada pendapat saya, pihak pemerintah perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik rakyat untuk menggunakan tabung gas dengan selamat. Jelasnya, rakyat Malaysia tidak takut dengan tabung gas LPG kerana kami ada banyak tabung gas yang sama tetapi ternyata lebih besar saiznya (14kg & 50kg). Cuma, bila tabung gas sering meletup, lain cerita. Hehe.




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline