Lihat ke Halaman Asli

Masjid Besi

Diperbarui: 26 Juni 2015   08:44

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

: Artikel ini ditulis dalam Bahasa Melayu Malaysia sepenuhnya di dalam blog saya, frossonice.blogspot.com. Saya ulang terbit di Kompasiana. Artikel ini adalah sudut pandangan saya mengenai Masjid Sultan Mizan, juga dikenali sebagai Masjid Besi yang terletak di Putrajaya, Malaysia. Tanggapan saudara amat saya hargai. :: Aku sudah lama mengikuti pembangunan Masjid Besi di Putrajaya. Kalau tidak salah aku, awal dulu ianya digelar Masjid Putrajaya. Jangan kamu keliru dengan Masjid Putra berhampiran pejabat Perdana Menteri. Lebih kurang tahun lepas aku dapat tahu masjid ini juga digelar "masjid besi" kerana struktur binaannya banyak menggunakan besi. Kalau kamu lihat dari awal pembinaan, kamu akan percaya. Satu identiti unik Masjid Sultan Mizan adalah ketiadaan menara (minaret) yang biasa kita lihat pada sesebuah masjid. Ada yang berpendapat ini mencacatkan ciri-ciri sebuah masjid. Bagi aku, rekabentuk masjid ini sudah cukup melambangkan ianya sebuah masjid kontemporari. Tidak perlu ada minaret untuk mengukuhkan lagi fakta tersebut. Aku tidak mahu berbicara mengenai warna masjid kerana aku rabun warna.

Bila kamu menghampiri masjid, baru kamu sedar betapa besar struktur binaan ini.Garisan pada dinding dan tiang masjid sentiasa menuju ke atas (vertikal) menambahkan impak tingginya masjid ini. Penggunaan panel aluminium (mungkin) seperti di bangunan moden membuatkan masjid ini nampak simple dan approachable. Tidak ada kubah atau arch yang biasa kita lihat di masjid mega di Malaysia. Ianya langsung tidak kelihatan seperti sebuah masjid di Bukhara atau Esfahan.

Malah gerbang besar ke ruang solat utama (atas dan bawah) juga tidak menonjolkan senibina Islam yang biasa kita lihat di Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Putra. Sebaliknya gerbang dibina dalam bentuk segi empat melengkung ke luar tanpa jubin atau ukiran marmar. Seni pertukangan besi sebaliknya mengambil tempat dan ianya nampak agak futuristik.

Namun tidak semua ciri asas senibina Islam dibuang. Arch di luar masih kelihatan dalam bentuk yang klasik seperti kita biasa lihat di masjid lain. Cuma sekali lagi di sini, ianya dibina dengan menggunakan besi. Nampak lebih elegan.

' Courtyard di luar ruang solat utama adalah tipikal seperti masjid lain, dengan sebuah kolam air pancut menjadi centre-piece.

Masuk saja ke ruang solat utama, perkara pertama yang kamu akan perhatikan adalah dinding kaca yang ditulis khat di atasnya. Susah hendak aku jelaskan dengan tulisan, melainkan kamu pergi dan lihat sendiri. Sungguh cantik. Kalau cahaya petang yang bersinar dari barat menembusi masuk, nampak lebih hebat. Aku rasa inilah satu-satu masjid setakat ini yang tidak perlu menggunakan pencahayaan buatan yang banyak. Cahaya natural boleh masuk dari semua sudut masjid ke dalam ruang solat utama. Konsep terbuka ini sebenarnya membantu menyejukkan ruang solat.

Kubah besar di tengah-tengah bangunan masjid ini, kalau kita lihat dari dalam, ianya adalah kubah paling "simple" di kalangan masjid mega di Malaysia. Sekadar tulisan Allah di tengah dan selebihnya adalah "kedutan" kepingan aloi yang digunakan. Sudah cukup untuk menghias kubah tersebut. Manakala tiang-tiang di sekeliling kubah adalah sama strukturnya seperti tiang arch di luar.

Sesuai dengan konsep terbuka masjid Sultan Mizan, sekeliling kiri dan kanan masjid kita boleh saksikan permandangan menarik sekitar Putrajaya. Kalau kena waktunya, angin akan bertiup nyaman ke dalam ruang masjid sambil kita boleh duduk bersantai di tepi kolam air yang mengelilingi ruang solat utama.

Bagi aku, kolam air yang mengelilingi ruang solat utama adalah identiti paling menarik masjid Sultan Mizan. Aku percaya, ianya adalah berdasarkan kolam air yang terdapat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Kolam air yang memagari sekeliling ruang solat utama ini bertindak seperti penyejuk asli. Angin yang bertiup akan disejukkan oleh kolam ini dan ianya amat selesa. Kolam ini juga bertindak sebagai pemisah antara ruang solat dengan tebing tinggi masjid tanpa perlu dibina pagar yang tinggi yang seterusnya boleh menghalang permandangan sekitar Putrajaya. Idea yang sangat menarik.

Secara keseluruhan, masjid Sultan Mizan adalah contoh terbaik pembinaan masjid cara baru yang tidak terikat dengan kaedah pembinaan masjid di negara Timur Tengah seperti yang lazim kita lakukan. Mungkin sudah tiba masa kita promosi rekabentuk pembinaan masjid Sultan Mizan sebagai rekabentuk masjid ala Malaysia yang sesuai untuk negara beriklim panas seperti Malaysia. Ada beberapa perkara negatif yang aku sedari. Pertama, tangga bergerak ke ruang mengambil wuduk cuma ada satu di setiap sudut. Tangga kecil dan orang yang ramai akan menimbulkan masalah. kita perlu sedar, orang kita amat malas hendak menapak naik tangga. Kedua, ada tangga bergerak yang dibina dari ruang mengambil wuduk ke ruang solat utama. Agak pelik. Pergerakan dari ruang berwuduk hingga ke ruang solat memerlukan kita berkaki ayam (tidak pakai kasut). Mana mungkin kita boleh biarkan orang menggunakan tangga bergerak dengan tidak memakai kasut? Cari nahas? Lebih baik kalau mereka bina laluan seperti laluan Orang Kurang Upaya (OKU), ianya lebih selamat dan tidak memenatkan.

Baca saja tidak cukup. Tengok gambar saja pun tidak cukup. Datang dan saksikan sendiri masjid besi ini. Kamu tidak akan menyesal.

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline