Salam semua,
Kebiasaannya setiap pelancong yang ke Jakarta, Indonesia pasti akan melawat ke Taman Mini Indonesia Indah ini tapi aku yang sering kesana inilah kali pertama aku ke TMII ini. Tapi agak kurang menarik kerana aku cuma pergi sekejap sahaja dan cuma singgah di Rumah Adat Riau dan Rumah Adat Minang sahaja sebab hendak cepat pergi ke Bandung. Pagi-pagi kami pergi ke Mangga Dua Mall untuk membeli belah lebih kurang jam 1 tengah hari kami terus bergerak ke TMII ini.
Pintu gerbang yang menyambut kedatangan para tetamu.
Rumah adat minangkabau di Taman Mini Indonesia Indah cantik sekali lukisan didinding rumah tersebut.
Pemandangan di sekitar rumah adat minangkabau terdapat Rangkiang iaitu tempat menyimpan padi/kepuk padi.
Temanku dihadapan Rumah Adat Minangkabau yang gonjongnya tidak kelihatan.
Busana masyarakat minangkabau yang dipamerkan kepada para pengunjung cuma ngak banyak details yang disediakan kepada pengunjung luar.
Salah satu pelaminan masyarakat Minangkabau yang dipamerkan di kepada pengunjung yang berkunjung ke rumah adat minangkabau di TMII ini.
Selepas itu kami singgah di Rumah adat Riau dipintu masuknya tersergam indah pintu gerbang yang bercirikan masyarakat Riau.
Rumah ada Riau bercirikan orang melayu yang beratap limas, anak tangga batu yang berkuantiti ganjil.
Jambau ataupun dulang hantaran seperti adat perkahwinan orang melayu tapi mereka menjunjung hantaran yang dibawanya dan pernah aku update Adat Perkahwinan Di Bangkinang, Indonesia suatu waktu dahulu.
Model rumah lontiok yang memang sinonim dengan orang dan budaya masyarakat di Riau.
Antara peralatan rumah, permainan dan kesenian masyarakat Riau kebanyakkan lebih kurang dengan peralatan masyarakat melayu di Malaysia.
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H