Belum pernah aku percaya pada dunia
Biar hujan turun dengan renjana
dan menawarkan anak-anaknya dengan manja
aku tak pernah keluar dan menari dengan tawa
Belum pernah aku percaya pada kuntum bunga
Biar sinar matahari berkata: percaya! percaya!
dan membawa sinar di dalam rantang bersusun tiga
aku tak pernah melihatnya merekah secara paripurna
Belum pernah aku percaya
Sampai kau tiba dengan sahaja
Aku keluar. Aku menari. Aku melihat.