Benarkah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan kasus pembunuhan perempuan Mongolia, Antantuya Saaribuu? Itulah pernyataan yang sering dimainkan oleh golongan pembangkang di Malaysia, anti Najib, anti kerajaan pimpinannya Barisan Nasional. Maka tak heranlah dengung-dengung itu turut disambut dan bermain-main dikalangan sesetengah pihak di negara jiran, Indonesia. Itu hak masing-masing untuk mempercayainya.
Siapa yang mula mencanangkan pada dunia bahawa PM Najib terlibat dalam kasus pembunuhan Altantuya? Siapa lagi kalau bukan pengendali laman web Malaysia Today - Raja Petra Kamarudin aka RPK. Setelah berbuat demikian, lalu RPK kabur ke luar negara. Ternyata tidak berani bertanggung-jawab keatas apa yang dikatakannya. Baculkah dia? Anda fikir sendiri.
Kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh RPK akhirnya mula terjawab. Dia sendiri mengaku bahawa dia didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian (Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya) oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib menjadi PM Malaysia. RPK mengatakan tujuan mereka (master mind) ialah untuk memastikan Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mengapa RPK sanggup membuat tohmahan sedemikian? Hal demikian karena para perancang aka master mind ini sanggup menjadi saksi jika kemungkinan RPK dihadapkan di mahkamah. Memang hebat si perancang ini!
Soalnya, apakah ada masa hadapan untuk Anwar Ibrahim? The truth will be revealed!
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H