Lihat ke Halaman Asli

Ada Batik di Isle of Skye

Diperbarui: 26 Juni 2015   06:08

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Karier. Sumber ilustrasi: FREEPIK/Freepik

[caption id="attachment_106795" align="alignnone" width="648" caption="Skye Batik di Portree, Isle of Skye"][/caption] Rakyat United Kingdom mendapat cuti panjang pada akhir April hingga awal Mei. Bermula dengan Good Friday pada 22 April, Easter Monday pada 25 April, Royal Wedding pada 29 April dan Bank Holiday pada 2 May.  Ramai yang telah merancang awal untuk memanfaatkan libur panjang kali ini. Bagi yang mampu boleh keluar negara dan yang kurang mampu boleh belibur di dalam negara sahaja. Saya memilih Scotland untuk  destinasi percutian kali ini. Scotland adalah salah sebuah dari empat bahagian yang membentuk United Kingdom selain England, Wales dan Ireland Utara. Scotland terkenal dengan nama The Highlanders kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang. Saya cukup kagum dengan  Scotland terutama pahlawan mereka, William Wallace. Saya menonton berulang kali filem 'Braveheart' yang memperlihatkan perjuangan orang-orang Highlanders menentang Inggeris. Jika sesiapa yang ingin melihat bagaimana keindahan Scotland, tontonlah filem 'Braveheart' lakonan Mel Gibson. Perjalanan dengan mobil (orang Malaysia pangggil kereta) mengelilingi Scotland bermula dari Edinburgh, Stirling, St. Andrew, Dundee, Aberdeen, Inverness, Lochness, Isle of Skye, Fort William dan berakhir di Glasgow. Laluan ini mengelilingi keseluruhan Scotland. Cuma tidak sampai ke John O'Groat yang terletak di utara Scotland yang juga dipanggil 'The northern tip of United Kingdom'. [caption id="attachment_106790" align="alignnone" width="648" caption="Permandangan Skye Bridge dari Kyle of Lochalsh"][/caption] Bahagian yang cantik dan bergunung ganang di Scotland ialah Isle of Skye. Ia terletak di sebelah barat laut Scotland dan merupakan sebuah pulau yang terpisah dengan tanah besar Scotland dan dihubungkan dengan Skye Bridge di Lochalsh. Bandar terbesar (walapun kecil) di Isle of Skye ialah Portree. Disinilah terdapat banyak kawasan yang cantik untuk aktiviti merakam foto. Ditengah-tengah bandar kecil Portree saya terlihat sebuan toko yang menjual batik  bernama Skye Batiks. Skye Batiks bermula pada tahun 1987 dan corak batiknya berasaskan budaya Celtic yang begitu dominan di Scotland. Malah Scotland juga salah satu daripada 'Six Celtic Nations'. Walaupun coraknya berbeza tetapi peralatan pembuatan batik di sana sama seperti yang terdapat di Indonesia dan Malaysia. Mereka menggunakan canting dan semua batik yang dihasilkan ialah batik lukis. [caption id="attachment_106791" align="alignnone" width="648" caption="Portree"][/caption] Jika anda ingin ke United Kingdom, Scotland adalah salah satu destinasi yang patut dikunjungi. UK bukan sekadar London dan Manchester tetapi lebih dari itu. [caption id="attachment_106792" align="alignnone" width="648" caption="Permandangan indah dari Dunvegan"][/caption] [caption id="attachment_106793" align="alignnone" width="648" caption="Tasik di Isle of Skye"][/caption]

Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H




BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline