Lihat ke Halaman Asli

Abu Khalil

Aktivis dan Jurnalis Freelance asal Pattani, Thailand

Patani dan Ketupat Palas yang Identik di Hari Raya Idul Fitri

Diperbarui: 25 Mei 2020   10:40

Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Ketupat Palas merupakan makanan Khas tradisi warga Melayu Patani, Thailand Selatan pada lebaran Idulfitri (ist)

Ketupat tidak lepas dari makanan pada Hari Raya Idulfitri. Dalam perayaan hari itu, tentunya di situ ada satu hal yang tidak pernah pisah dari makanan khas budaya Melayu yaitu Ketupat Palas.

Istilah tersebut telah menjamur di semua kalangan umat Islam terutama di semenanjung Melayu khususnya di bumi Patani, Selatan Thailand.

Ketupat Palas sangatlah identik dengan Hari Raya Idulfitri. Buktinya saja di mana ada ucapan selamat Idulfitri tertera gambar dua buah ketupat atau lebih.

Ketupat Palas ia bukan sekadar makanan. Tapi juga menyimpan cinta dan kesabaran. Membuat atau menganyam ketupat, tidak kira sama ada ketupat nasi atau ketupat palas atau apa saja, ia adalah mahakarya untuk kehidupan.

Ketupat Palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.

Berbeda dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.

Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi.

Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina.

Ketupat Palas dimakan dengan gulai atau rendang daging atau juga dengan sambal udang dan daging.(ist)

Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas.

Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas.

Halaman Selanjutnya


BERI NILAI

Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?

BERI KOMENTAR

Kirim

Konten Terkait


Video Pilihan

Terpopuler

Nilai Tertinggi

Feature Article

Terbaru

Headline