Alhamdulillah, buku saya yang berjudul 7 Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah; Berdasarkan Al-Qur’an dan Hadits Nabi Saw. yang diterbitkan Diva Press, kini telah terbit di Malaysia. Selengkapnya mengenai buku yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tersebut adalah sebagai berikut: [caption id="attachment_184629" align="aligncenter" width="605" caption="Sebelah kiri cover buku yang terbit di Indonesia, sebelah kanan yang terbit di Malaysia."][/caption]
Judul : 7 Cara Agar Rezeki Semakin Bertambah dan Diberkati Penulis : Akhmad Muhaimin Azzet Penterjemah : Nabilah Abdul Jalil Penyunting : Dr.Mohd. Puzhi Usop Penerbit : Al-Hidayah Publisher, Malaysia Muka Surat : 214 ISBN : 9789675984846 Price : RM14.00 Buku ini dikarang bermula dari sebuah kenyataan, bahawa hampir semua orang yang bekerja pada siang hari dan malam tujuannya adalah untuk mencari rezeki. Namun, apakah rezeki itu hanya boleh diperolehi dengan cara “BEKERJA”? Sebagai ikhtiar yang lumrah, bekerja memang dijadikan sebagai jalan untuk mencari atau menjemput rezeki. Tetapi, bekerja bukanlah satu-satunya jalan agar rezeki bertambah. Di dalam buku ini, penulis menyajikan kepada pembaca 7 cara agar rezeki semakin bertambah dan diberkati; yang penulis huraikan berdasarkan Al-Qur’an dan hadis Nabi S.A.W. Sejujurnya semua orang berharap agar rezeki mereka semakin hari kian bertambah. Tetapi, adakah dengan rezeki yang bertambah saja sudah cukup? Belum! Satu perkara yang sangat penting dalam hal rezeki adalah nilai keberkatannya. Sesungguhnya keberkatan ini penting agar seiring dengan bertambahnya rezeki, mampu membawa ketenteraman dalam keluarga. Semakin bertambah rezeki, bukan membuatkan kita semakin jauh daripada Allah S.W.T. tetapi semakin hampir kita kepada-Nya. Buku ini dilengkapi panduan yang praktikal. Contohnya, langkah-langkah yang mesti ditempuh oleh seseorang untuk menguatkan keyakinan. Bahkan, termasuk bagaimana langkah praktikal agar boleh menjadi hamba yang bertakwa: terdapat 3 cara yang ditawarkan kepada pembaca sebagai langkah segera untuk meraih ketakwaan. Keyakinan dan takwa adalah termasuk cara yang diangkat di dalam buku ini agar rezeki semakin bertambah dan berkat. Di samping panduan praktikal, buku ini juga dilengkapi dengan contoh atau kisah sebenar yang pernah berlaku. Contohnya, kejayaan seseorang ketika melakukan Solat Dhuha dua belas rakaat atau beberapa kisah benar orang yang mendapat rezeki berkali-kali ganda setelah bersedekah. Bukan itu saja, buku ini juga dikuatkan lagi dengan contoh teladan Nabi S.A.W Yang dipraktikkan oleh para sahabat. Seperti kisah beberapa sahabat yang begitu bersemangat terhadap ayat “Lan tanaalul birra hattaa tunfiquu mimmaa tuhibbuun”. Begitulah. semoga buku ini berguna tidak hanya bagi penulis dan keluarga, tetapi juga bagi pembaca tercinta.
Semoga buku tersebut bermanfaat bagi penulis dan pembaca tercinta. Salam bahagia selalu, Akhmad Muhaimin Azzet
Baca konten-konten menarik Kompasiana langsung dari smartphone kamu. Follow channel WhatsApp Kompasiana sekarang di sini: https://whatsapp.com/channel/0029VaYjYaL4Spk7WflFYJ2H