Mohon tunggu...
Afdhila Razak
Afdhila Razak Mohon Tunggu... Guru - Mahasiswa bidang pendidikan

Fokus penulis adalah menghasilkan kandungan yang bermaklumat dan memberi kesedaran kepada pembaca tentang topik-topik yang relevan dan penting.

Selanjutnya

Tutup

Sosbud Pilihan

Masyarakat Ketagih Buku Healing Kerana Takut Menghadapi Realiti Hidup

30 Desember 2024   14:08 Diperbarui: 30 Desember 2024   14:08 32
+
Laporkan Konten
Laporkan Akun
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas.

Masyarakat kini sering bergantung pada bahan bacaan sebagai cara untuk mengatasi tekanan hidup, dan ini mencerminkan keadaan semasa dalam masyarakat kita. Rak-rak kedai buku dipenuhi dengan buku healing, self-help dan motivasi yang kononnya boleh menyelesaikan segala masalah hidup.

Tidak percaya? Cuba pergi ke mana-mana kedai buku popular. Pasti dapat lihat satu bahagian khas dipenuhi dengan buku-buku yang menjanjikan "kesembuhan" daripada luka emosi. Dari tajuk umum seperti "Cara Untuk Bahagia" hingga ke tajuk yang lebih mendalam seperti "Healing Your Inner Child", semuanya lengkap.

Jangan salah faham, saya tidak menolak kepentingan kesihatan mental dan penjagaan emosi, namun apa  membimbangkan adalah fenomena 'toxic positivity' yang sedang merebak dalam kalangan pembaca buku-buku ini. Seolah-olah kita tidak boleh rasa sedih, tidak boleh marah, tidak boleh rasa kecewa, semuanya harus positif sahaja.

Lebih membimbangkan, apabila ramai menjadikan buku healing ini  sebagai ubat penenang. Setiap kali ditimpa masalah, mereka bukannya berhadapan dengan realiti dan mencari penyelesaian, sebaliknya lari kepada buku-buku ini. Membaca ayat-ayat motivasi mostly hanyalah kata-kata umum yang boleh diinterpretasi mengikut apa yang kita ingin dengar.

Contohnya, ketika berhadapan masalah dalam hubungan, segelintir masyarakat enggan berbincang dengan pasangan atau mencari bantuan professional, malah ramai memilih untuk tenggelam dalam buku-buku seperti "How to Heal from Toxic Relationships". Padahal, kadang-kadang yang toksik itu bukan hubungan, namun sikap diri sendiri yang enggan menghadapi realiti.

Industri penerbitan juga semakin pandai mengambil kesempatan. Apabila nampak trend ini menguntungkan, maka berleluasalah penerbitan buku-buku yang mostly recycle same old advice namun dalam packaging berbeza. Apa yang penting, cover cantik, terdapat quotes yang boleh dijadikan Instagram caption, dan ada testimonial claim buku berkenaan "life-changing".

Tidak dinafikan ada sesetengah buku memang bagus dan bermanfaat, namun kita perlu jujur dengan diri sendiri, adakah kita benar-benar mengaplikasikan apa yang dibaca? Berapa ramai hanya membaca untuk temporary emotional relief, kemudian kembali semula kepada tabiat toksik yang sama?

Lagi satu masalah dengan fenomena ni adalah ia mewujudkan jangkaan tidak realistik. Ada yang ingat just by reading these books, all their problems will magically disappear. When that doesn't happen, they blame themselves for not being "positive enough" or not "manifesting" properly. The cycle of self-blame and escapism continues.

Dalam konteks masyarakat Malaysia kontemporari, trend ini menunjukkan sesuatu yang lebih mendalam  iaitu bagaimana kita sebagai sebuah masyarakat masih bergelut untuk menangani masalah kesihatan mental. Masih ramai rasa malu atau takut untuk mendapatkan bantuan professional apabila mereka memerlukannya. Jadi, mereka beralih kepada buku-buku ini sebagai pengganti terapi. Proses penyembuhan yang sebenar tidak semudah itu. Ia memerlukan refleksi diri yang jujur dan kesediaan menghadapi kebenaran yang perit. Buku boleh menjadi pelengkap, tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya jalan penyelesaian.

Kita harus faham, kehidupan memang ada ups and downs. Ada masa kita gembira, ada masa kita sedih, ada masa kita berjaya, ada masa kita gagal. Semua ini adalah perkara biasa, yang tidak biasa adalah apabila kita mengharapkan hidup sentiasa positif dan bahagia hanya kerana membaca buku healing.

HALAMAN :
  1. 1
  2. 2
Mohon tunggu...

Lihat Konten Sosbud Selengkapnya
Lihat Sosbud Selengkapnya
Beri Komentar
Berkomentarlah secara bijaksana dan bertanggung jawab. Komentar sepenuhnya menjadi tanggung jawab komentator seperti diatur dalam UU ITE

Belum ada komentar. Jadilah yang pertama untuk memberikan komentar!
LAPORKAN KONTEN
Alasan
Laporkan Konten
Laporkan Akun